MUNGKIN ramai di antara para pembaca yang takut untuk menjamah makanan sebelum bersenam meskipun dalam kuantiti yang sedikit.

Kata mereka, bimbang badan menjadi berat dan cepat penat semasa beriadah.

Sebenarnya, seorang pakar pemakanan, Syaza Lyana Idris dalam entri Facebooknya mengatakan, sangat penting untuk kita ambil makanan terlebih dahulu sebelum bersenam.

Syaza Lyana.

Tujuannya untuk memberikan tenaga yang mencukupi ketika bersenam dan mengelakkan berlakunya pening kepala sesudah bersenam.

“Orang ramai tidak akan perasan apabila ketika atau sesudah bersenam, kepala bertukar menjadi pening atau badan penat yang melampau.

“Ini mungkin tanda-tanda badan kita kurang kalori,” terangnya.

Jadi apakah cadangan makanan yang boleh kita ambil sebelum bersenam?

i) Karbohidrat: Otot kita akan menggunakan karbohidrat ini sebagai sumber tenaga.

Jadi, penting untuk kita ambil sekurang-kurang satu hidangan dalam masa 15 minit sebelum bersenam.

ii) Protein: Pasti anda pernah dengar terdapat sesetengah orang mengambil protein sebelum bersenam.

Ya, betul!

Ia boleh membantu untuk meningkatkan prestasi ketika bersenam dan yang lebih menariknya, kajian mendapati pengambilan protein bersama sedikit karbohidrat boleh membantu meningkatkan pembentukan otot.

Iklan

senaman

“Ingat, satu hidangan sudah memadai tidak perlu berlebihan.

“Jangan makan berat pula, sekejap lagi tidak pasal-pasal muntah,” pesannya.

Berikut beberapa idea-idea makanan yang boleh anda ambil sebelum bersenam:

  • Sandwic telur
  • 1 gelas susu bersama buah
  • 1 genggam kacang dan yogurt
  • 1 cawan yogurt bersama buah
  • 1 hidangan buah
  • 1 gelas air coklat

Jadi, buat semua pembaca SinarPlus, bolehlah anda cuba untuk amalkannya sebelum bersenam.

Iklan

Selamat mencuba!

Jangan lupa follow kami di Instagram!