JENAMA pakaian global terkemuka, UNIQLO mengumumkan pelancaran koleksi Uniqlo U Musim Luruh/Sejuk 2021 pada 8 Oktober depan bersama seorang pereka fesyen tersohor dari Perancis, Christophe Lemaire.

Lemaire yang juga Pengarah Artistik UNIQLO dan pernah berkhidmat dengan jenama-jenama mewah fesyen dunia berganding bahu bersama pasukan penyelidik UNIQLO di Paris menghadirkan koleksi ‘untuk sekarang dan masa depan’.

UNIQLO dalam satu kenyataan berkata, untuk himpunan istimewa pada kali ini, Lemaire dan pasukannya merancang gaya wanita, lelaki termasuk kanak-kanak dengan mempertimbangkan setiap aspek kehidupan seharian.

Mereka bukan sahaja menitik beratkan perincian yang praktikal, malah ciri kelembutan dalam setiap helaian busana direka agar sesuai dipakai bukan sahaja di tempat kerja, malah untuk bersantai mahupun bermain.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Berhubung dengan seleksi pemilihan warna, pada koleksi baharu itu, Lemaire memilih warna-warna yang neutral yang diilhamkan dari alam semula jadi termasuk aksen yang terang.

Untuk himpunan untuk kaum Hawa, pereka fesyen terkenal tersebut menumpukan kepada keanggunan yang sederhana, selain bersifat praktikal.

 

Lihat sahaja kepada beberapa rekaan daripada sweater hingga ke jaket dan kemeja denimnya.

Bagi lelaki pula, Lemaire menekankan aspek klasik dengan bentuk simple dan santai iaitu dengan lapisan A-line, mid-length, single-breasted yang semestinya selesa. Sut jaket kasual turut tampak menarik dan kata UNIQLO, ia mudah dijaga!

 

Jangan lupa follow kami di Instagram!

 

 

Tidak dilupakan pada koleksi musim luruh/sejuk ini ialah stoking. Ya, ia sangat penting.

Dengan teknologi HEATTECH tambahan, jenama ini mahu pemakainya sentiasa berada dalam keadaan hangat.

Stoking paras tinggi untuk wanita dan lelaki sangat sesuai untuk mereka bersantai di dalam atau di luar rumah, manakala stoking bertali nipis untuk wanita bakal menambah gaya pada penampilan mereka.

Untuk down jaket, ia telah diperbaharui dengan padanan baharu. Seperti sebelum ini, UNIQLO telah mengitar semula fabrik terpakai. Terkini, pasukan dari Paris telah menggunakan kira-kira 40 peratus nilon kitar semula.

Jenama itu juga memfokuskan pada kualiti untuk ketahanan pakaian dan fleksibiliti untuk pelbagai kegunaan.

Golongan kanak-kanak memang tidak pernah dilupakan. Kali ini, stail yang ditampilkan lebih ikonik dan paling penting, si cilik bebas bergerak dan terus mengamalkan gaya hidup aktif dengan UNIQLO.

 

 

 

 

Untuk mengulas lebih lanjut dan secara terperinci mengenai koleksi Musim Luruh/Sejuk 2021, SinarPlus memetik wawancara khas bersama Lemaire yang dilakukan baru-baru ini.


1. Apa inspirasi anda untuk koleksi ini?

Gaya hidup yang berubah telah mencipta banyak keperluan baharu termasuk dari aspek pakaian.

Fungsi, fleksibiliti dan keselesaan adalah elemen reka bentuk yang diperlukan. Di Uniqlo U, kami sememangnya merancang untuk hari ini dan esok.

2) Bagaimana anda memilih palet warna dan bolehkah beri gambaran secara menyeluruh?

Iklan

Persekitaran dalaman banyak mempengaruhi kehidupan kita. Sebagai contoh, warna coklat lembut yang menenangkan, warna putih seramik, padanan biru hijau, warna arang kelabu dan hitam dengan aksen terang.

Pada masa sama, kami turut dihubungkan dengan alam semula jadi yang diwarnai dengan nuansa kuning tua, hijau, magenta dan rona ungu matahari seperti yang terbit pada awal pagi.

3) Boleh anda huraikan bahan yang digunakan pada koleksi kali ini?

Kami menggunakan natural fiber seperti lambswool dan kapas (cotton) yang semestinya selesa. Material kapas sememangnya sesuai digayakan untuk banyak keadaan, antaranya sebagai pakaian ke tempat kerja.

4) Dari aspek siluet, boleh anda kongsikan perincian unik berkenaan?

Setiap helaian telah didesain untuk dipakai secara sendiri atau berlapis dengan material lain dengan keseimbangan tepat dari segi kepanjangan lengan atau pada kelim (hems), saiz dan semestinya muat secara sempurna.

Selain itu, pergerakan pemakai akan lebih mudah kerana direka dengan konsep longgar dan bersaiz besar.


5) Bolehkah leg style mengubah penampilan seseorang?

Pada musim ini, kami telah memperkenalkan legwear, satu trik gaya yang memukau untuk memberi warna dan satu intrik.

6) Apakah koleksi kegemaran anda?

The short trench with BLOCKTECH! Ia adalah koleksi yang elegan dan kena dengan segalanya tidak kira dari segi cuaca mahupun keselesaan.
Saya juga sangat menyukai seluar trek dengan poket tampalan depan dan zip-up hooded.


7) Boleh anda kongsikan mengenai gaya kanak-kanak. Apa yang paling anda suka ketika melakukan rekaan untuk mereka?

Iklan

Ia adalah pengalaman yang menyeronokkan dan spontan. Walaupun gaya kelihatan seperti versi orang dewasa, kami benar-benar mahu memberi anak-anak ruang yang mereka perlukan dalam kehidupan aktif mereka.

Justeru, penekanan kebebasan disuntik pada koleksi kali ini, sekali gus memudahkan anak-anak ini berlari, melompat dan bermain sepanjang hari.

 

8) Bagaimana koleksi ini dibuat untuk semua, Made for All?

Setiap daripada rekaan Uniqlo U direka untuk menarik minat semua orang, daripada stail ringkas yang sofistikated kepada pakaian kasual fit dengan variasi palet warna.

Kami melihat pelbagai perkara seperti gred antara saiz agar sesuai dengan lebih banyak jenis bentuk badan dan tona warna daripada neutral kepada cerah agar mudah diintegrasi dengan setiap koleksi pakaian.

Faktor harga juga bersifat ‘demokratik’ dengan produk yang dibuat adalah bermutu, tahan lama dan mempunyai nilai yang tidak terhingga kepada semua orang.

 

Foto UNIQLO

Jangan lupa follow kami di Instagram!