PERIA merupakan sejenis sayuran yang agak pahit rasanya. Justeru, ramai yang tidak suka memakannya.

Namun demikian, di sebalik rasanya itu, dari segi perubatan, sayur-sayuran itu mempunyai khasiat yang tinggi.

Ia turut diakui oleh laman web kesihatan antarabangsa, healthline.com.

Menurut healthline.com, peria mempunyai pelbagai khasiat termasuk protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.

Menerusi telegram Petua dan Kesihatan, mereka menyenaraikan manfaat lain antara yang diperoleh daripada peria. Antaranya:

i) Merawat penyakit kencing manis.

Caranya, minum perahan daripada empat atau lima biji peria setiap pagi.

Selain kaedah itu, bijinya yang dihancurkan boleh dicampur ke dalam makanan atau ia boleh dijadikan air rebusan atau serbuk.


ii) Daunnya pula boleh merawat buasir.

Kaedahnya dengan mencampurkan perahan daun peria ke dalam segelas susu dan minum setiap pagi selama sebulan. Akarnya pula boleh dihancurkan lalu disapu pada tempat buasir.

iii) Mengatasi masalah darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan rasa gatal.

Anda hanya perlu dilakukan, campur segelas perahan peria dan sesudu teh perahan limau. Ia perlu diminum sedikit demi sedikit setiap hari selama empat hingga enam bulan.

Iklan

iv) Atasi ketagihan alkohol.

Jalan penyelesaiannya adalah minum air daun peria. Bukan itu sahaja, ia juga boleh mengatasi masalah hati disebabkan pengambilan alkohol berlebihan.

Selain itu, kajian juga mendapati, peria mengandungi tonik yang bertindak sebagai julap dan mampu meningkatkan selera makan.

Artikel berkaitan: 5 khasiat peria katak

Iklan

Ada yang tanya, bagaimana mahu mengurangkan rasa pahit peria. Sebenarnya, tidaklah sesusah mana.


Kaedahnya, rendam ia ke dalam air garam sebelum dimasak sahaja tau! Senangkan?

Semoga perkongsian di atas memberi manfaat kepada semua pembaca. Jom amalkan makan buah peria.