PERNAH tak korang alami situasi ini, sedang tekun menaip kerja di komputer, tiba-tiba diserang sakit kepala?

Serangannya kadangkala mengambil masa sehari atau dua untuk sembuh.

Namun begitu, masih ramai di antara kita yang menganggap sakit kepala sebagai sakit biasa dan bersifat sementara.

Sakit kepala menyerang tidak kenal siapa dan masa.

Kadang-kadang kita sudah ikhtiar makan ubat namun kepala masih tak lega betul tak? Tambah lagi musim panas teruk sekarang ni.

Apa kata cuba cara mudah ni. Kesan dia sangat baik pada tubuh badan kita tau.

Bahan-bahan;

  • Ais (tak kisah banyak mana)
  • Limau nipis 3 biji ( boleh buat kiraan ganjil)
  • Air satu baldi

Cara-cara membuatnya;

1. Campurkan semua ke dalam baldi.

2. Sebelum mandi baca ayat-ayat ini di luar bilik air ya dan tiupkan dalam air serta niatlah yang baik-baik.

Iklan

Bacaannya;

  • Al-Fatehah 7 kali
  • Al-Ikhlas 3 kali
  • Selawat 3 kali

3. Mandi macam biasa bersihkan diri dulu. Akhir sekali baru bilas dengan air sebaldi tadi. Sebaik mandi lepas waktu asar ye.

4. Mulakan siram dari kaki bawak ke atas hingga kepala. Lebihnya boleh siram bahagian tengkuk. Kalau nak berendam pun lagi bagus yee.

5. Jangan lap dulu, kalau dapat kering sikit lebih baik.

Iklan

Air campuran ini bukan untuk masalah sakit kepala sahaja, boleh juga digunakan untuk sakit sendi, susah tidur malam dan bisa-bisa badan.

Petua berkesan rawat sakit kepala dan angin dalam badan

Antara khasiat lain kalau amalkan air mandian ini;

1. Naikkan seri wajah
2. Kuatkan badan
3. Kuruskan badan
4. Aura positif
5. Merawat kulit jadi sihat
6. Hilangkan bisa dan angin kat badan

Baca juga Kosmetik kalis air, elak solekan melekat pada mask

Korang cuba la ye mana tahu makin berseri, sihat dan bertenaga selepas ini. Anasir negatif pun susah nak dekat.

Moga bermanfaat!

Sumber: Saleha Maarof