JIKA kerap sakit kepala, berkemungkinan korang telah diserang migrain.

Migrain adalah sakit kepala yang menyerang secara langsung, biasanya berlaku di sebelah  bahagian kepala sahaja.

Serangan migrain yang kerap atau teruk boleh mengganggu kehidupan seharian.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) ini petua berkesan untuk hilangkan migrain;

1. Elakkan makanan masin, proses dan berkeju.

2. Tidur dan rehat secukupnya.

3. Elakkan minuman tinggi kafein.

4. Pengambilan diet seimbang.

5. Elakkan stres.

6. Bersenam.

Baca lagi Jangan guna minyak masak berulang kali, ini bahaya!

Migrain juga barangkali boleh berlaku lebih kerap jika korang mengambil;

1. Makanan

Alkohol, buah-buahan sitrus, kafein (kopi, teh), makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang dan sebagainya)

2. Persekitaran

Iklan

Merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya terang seperti skrin yang terang atau cahaya yang berkelipan dari televisyen, bunyi bising dan bau yang kuat contohnya minyak wangi.

3. Psikologi

Kemurungan, cemas, marah, keletihan, tekanan dan sebagainya. Sesetengah serangan sakit kepala tidak berlaku semasa pesakit mengalami tekanan, tetapi berlaku apabila pesakit berada dalam keadaan yang relaks, seperti mana yang dipanggil ‘migrain hujung minggu’ (weekend migraine).

4. Ubat-ubatan

Iklan

Rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga.

5. Lain-lain – Haid, pertukaran masa tidur, putus haid

Namun begitu kesan daripada faktor-faktor di atas mungkin tidak sama bagi semua pesakit, contohnya untuk sesetengah pesakit serangan migrain tidak menjadi lebih kerap walaupun mereka mengambil keju dan coklat.

Jadi jika anda mempunyai tanda-tanda di atas, digalakkan untuk mendapatkan rawatan bagi mengawal gejala migrain untuk menjamin kualiti hidup yang lebih baik.