HADA Labo merupakan antara jenama yang sentiasa menaik taraf produknya. Terbaharu, rawatan KOUJI Treatment Powder Wash dan Tightening & Hydrating Gel diperkenalkan bagi memberi penghidratan intensif, memperbaiki garis halus dan menghasilkan kulit agar lebih mulus, muda dan berkilau bak kristal.

Bahan utama rangkaian ini, Kouji diperbuat daripada pati beras Jepun yang kaya dengan bahan pelembap semula jadi, asid amino, seramida, peptida, vitamin dan mineral.

Jenama itu dalam satu kenyataan berkata, inovasi terkini yang juga melengkapkan rangkaian sedia ada itu diformulakan khas untuk pengguna yang mahu mengekalkan kulit muda berseri.

Produk-produk ini sesuai untuk mereka yang berusia 20-an yang ingin mula menggunakan produk antipenuaan ke dalam rutin harian mereka pada usia lebih awal. Ia juga bebas daripada wangian, warna dan mineral,” kata Hado Labo.

Bagi mendapatkan hasil yang diinginkan, label itu mencadangkan regim penjagaan kulit seperti berikut:

Langkah 1: Hada Labo Kouji Treatment Enzyme Powder Wash

Serbuk pembersih ini mencegah kulit daripada terasa tegang selepas dibersihkan. Bagi pembersihan liang lebih mendalam, tambah sedikit air bagi mendapatkan kesan pengelupasan yang lebih kuat. Sekiranya anda lebih suka buih yang lebih padat, tambahkan lebih air untuk proses pengelupasan yang lebih lembut.

Langkah 2: Hada Labo Kouji Treatment Cleansing Foam

Langkah ini perlu untuk pembersihan berganda. Buih yang sangat halus dan padat membersih jauh ke dalam liang, memerangkap kelembapan, menjadikan kulit terasa sihat dan berseri. Cara menggunakannya, picit jumlah yang diperlukan ke tapak tangan, letakkan air supaya berbuih dan urutkan ke wajah dengan gerakan bulatan yang lembut.

Langkah 3: Hada Labo Kouji Treatment Essence

Selepas wajah dibersihkan, letakkan Kouji Treatment Essence secara lembut pada wajah dan biarkan pati menyerap jauh ke dalam setiap lapisan kulit bagi kesan lembapan berpanjangan. Langkah ini tidak boleh ditinggalkan kerana ia membantu melembapkan jauh ke dalam sel kulit dan membolehkan produk penjagaan kulit seterusnya (contohnya, pelembap) dapat menyerap dengan lebih baik ke dalam kulit, menghasilkan kulit lebih tegang dan muda.

Langkah 4: Hada Labo Kouji Tightening & Hydrating Gel
Akhir sekali, sapukan krim gel pelembap yang ringan. Ia tidak meninggalkan kesan melekit dan menyerap dengan mudah ke dalam kulit. Ia juga kaya dengan pati daun beras terhidrolisis yang membantu mengekalkan kulit tegang.

 

Sementara itu, pati beras Jepun (yang diperbuat daripada asid amino, ceramida, peptida, vitamin dan mineral) membantu menyuburkan dan memberi nutrisi dan kelembapan pada kulit, menjadikannya terasa halus dan awet muda sambil menghilangkan garis-garis halus.

Gel krim ini sesuai digunakan bila-bila masa sepanjang hari, terutama dalam keadaan cuaca panas dan lembap.

Kesemuanya boleh didapati di Shopee, Lazada, Watsons, Guardian dan Aeon Wellness.

Hada Labo+ Sensitive Hydrating

Iklan

Sementara itu, pengenalan rangkaian Hada Labo+ Sensitive Hydrating pula membantu melindungi, menguat dan menenangkan kulit daripada tekanan persekitaran.
Antara bahan utama dalam produk berkenaan merangkumi:

• Ekstrak licorice – Membentuk penapis pelindung yang tidak kelihatan pada kulit lapisan luar untuk melindungi kulit daripada kerengsaan.
• Ceramide – Melicinkan, melembut, menguat serta memperbaiki lapisan kulit luar.
• Ekstrak tumbuhan bisabolol -Menenang dan melegakan kerengsaan kulit dan kemerahan dalam masa 4 jam.

Rangkaian Hada Labo+ Senstive Hydrating merangkumi pencuci muka, losen, krim dan Hydrating Milk yang bebas daripada pewarna, wangian, alkohol dan minyak mineral.

Oleh itu, produk berkenaan seimbang pH dan tidak merengsakan kulit.

Iklan

Hada Labo+ Sensitive Hydrating Cream juga ialah produk hebat yang mesti dimiliki kerana lebih daripada 86 peratus pengguna mendakwa, rangkaian produk ini membantu menenangkan kerengsaan kulit, kemerahan dan kekeringan hanya dalam 28 hari,” kata jenama itu dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Berdasarkan ujian pengguna selama 20 hari oleh Hada Labo, 90 peratus pengguna mendakwa krim tersebut membantu mengurangkan kemerahan, sementara 86 peratus menyatakan bahawa produk tersebut telah membantu melegakan kegatalan dan mengurangkan rasa terbakar pada kulit mereka.

Berikut langkah berikut yang dicadangkan untuk rutin penjagaan kulit anda untuk mencapai hasil yang diinginkan:

Langkah 1: Cuci Muka anda dengan Hada Labo+ Sensitive Hydrating Face Wash.
Langkah 2: Tepuk Hada Labo+ Sensitive Hydrating Lotion dengan tangan sampai diserap ke dalam kulit.
Langkah 3: Sapukan Hada Labo+ Sensitive Hydrating Cream.
Langkah 4: Sapukan Hada Labo+ Sensitive Cream jika anda mempunyai kulit kering, atau Hydrating Milk bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak/kombinasi.

Ucapkan selamat tinggal pada kulit sensitif dengan rangkaian Hada Labo+ Sensitive Hydrating terbaharu.

Produk rangkaian yang dipertingkatkan dengan penampilan baharu kini tersedia secara eksklusif di Watsons di seluruh negara.