WAH! Tebalnya rambut. Itu antara komen yang dikongsikan netizen sebaik sahaja melihat foto bayi ‘A’ yang tular di media sosial.

Siapa baby ‘A’ yang menjadi sebutan ramai tersebut? Sudah tentunya cahaya mata sulung selebriti terkenal Indonesia, Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar iaitu Ameena Hanna Nur Atta.

Berita gembira yang dikongsikan Aurel yang juga anak kepada pasangan figura popular, Krisdayanti dan mantan suaminya, Anang Hermansyah menjadi trending bukan sahaja di Indonesia, malah dalam negara.

rambut bayi lebat

Bukan sekadar kecomelan baby Ameena menjadi perbualan, rambutnya yang tebal juga membuatkan ramai tertanya-tanya apakah tip untuk mendapatkan rambut selebat itu.

Lapor popmama.com, kehadiran si comel tersebut menjadi tumpuan lensa paparazi dan media mainstrem Indonesia sejak berita kelahiran dikongsikan di media.

Menurut portal tersebut, bayi yang dilahirkan dengan rambut yang lebat dan cantik menjadi idaman para ibu-ibu.

rambut bayi lebat

Sudah tentu untuk melihat bayi yang dikandung 9 bulan 10 hari itu dapat dilahirkan sempurna, banyak petua boleh diamalkan terutamanya untuk rambut yang sihat.

Perkembangan janin pada usia 20 minggu adalah penting untuk dititikberatkan kerana pada fasa tersebut, rambut halus mulai tumbuh terutamanya pada bahagian kepala, tubuh, bahu, telinga dan juga dahi.

rambut bayi lebat

Baca juga Kanak-kanak alami sindrom ‘rare’ rambut tidak boleh disikat, hanya dihidapi 100 orang di dunia

Justeru, bagaimana para ibu mahu mendapatkan rambut yang sihat bermula dari dalam kandungan?

Berikut amalan pemakanan sihat yang boleh dicuba seperti yang dikongsi oleh Pop Mama.

rambut bayi lebat

1. Telur

Banyakkan makan telur kerana mengandungi sumber protein yang tinggi dan membantu pertumbuhan rambut janin.

2. Ikan

Sumber omega 3 dan 6 seperti ikan dikatakan boleh membantu merancakkan pertumbuhan rambut si kecil. Pun begitu, pemilihan ikan sesuai perlu dengan saranan doktor pakar kerana tidak semua ikan boleh dimakan sewenang-wenangnya terutamanya yang mengandungi merkuri bahaya.

rambut bayi lebat

3. Buah-buahan

Boleh dikatakan buah-buahan berwarna oren dan kuning antara pilihan yang paling bagus untuk tumbesaran bayi dalam kandungan kerana mengandungi vitamin A. Selain baik untuk perkembangan jantung, vitamin semula jadi itu boleh menguatkan antibodi tubuh.

Baca juga Pening kepala rambut selalu gugur? Jom kenali punca dan kaedah rawatan

rambut bayi lebat

4. Avokado

Satu lagi buah yang dikatakan sesuai diamalkan buat ibu kerana sarat dengan vitamin B dan E yang mana memulihkan masalah rambut gugur buat bayi dalam kandungan.

5. Kekacang

Makanan sihat untuk diet si ibu kerana selain memberikan tenaga, kadar mineral, serat dan protein baik untuk pertumbuhan rambut bayi.

rambut bayi lebat

6. Air kelapa

Antara petua popular dalam kalangan orang tua-tua sebagai minuman tambahan buat si ibu. Terdapat mitos mengatakan air kelapa dapat membuat rambut bayi lebih tebal dan kulitnya bersih. Namun menurut pakar perubatan, Dr Zubaidi Ahmad, ia belum terbukti secara ilmiah.

Baca juga 6 cara dapatkan rambut sihat dan bersinar. Tak perlu sebarang produk, hanya ubah teknik penjagaan

rambut bayi lebat

7. Kacang hijau

Menu bubur kacang hijau antara sajian wajib buat si ibu di Indonesia untuk mendapatkan rambut bayi yang lebat.

Iklan

8. Ubi keledek

Orang kata, amalan diet dengan ubi keledek juga membantu kerana mengandungi zat besi, kalsium dan vitamin B untuk keperluan asid folik si kecil selain vitamin A untuk pertumbuhan rambut.

rambut bayi lebat

9. Buah beri

Antara buah yang kaya dengan vitamin C dan antioksidan yang mampu melindungi folikel rambut bayi seiring pembesaran dalam kandungan.

10. Salad segar

Bagi ibu yang kurang selera makan pada awal kandungan, bolehlah cuba untuk menukar sajian kepada salad segar kerana menu sihat ini juga membantu perkembangan rambut bayi bermula daripada fasa pertama.

rambut bayi lebat

Selain tip di atas, menurut orami.co.id, sebenarnya rambut si bayi tebal selepas dilahirkan adalah disebabkan tiga faktor berikut:

1. Hormon ibu

Bagi mereka yang sedang mengandung, hormon seimbang sangat penting untuk pertumbuhan bayi dalam kandungan dan antara hormon yang mempengaruhi perkembangan rambut si comel adalah androgen yang kuat.

rambut bayi lebat

2. Genetik

Biasanya faktor genetik juga mempengaruhi perkembangan si comel sejak dalam kandungan lagi dan jika keturunannya memang mempunyai kelebihan rambut tebal, tidak mustahil si kecil mewarisinya sama ada daripada ibu atau neneknya. Begitu juga jika si bayi dilahirkan dengan rambut kerinting atau ikal mayang.

3. Daya pertumbuhan bayi

Tidak semua bayi dilahirkan dengan kelebihan rambut tebal kerana daya pertumbuhan mereka sangat berbeza. Jadi dengan bantuan makanan sihat dan hormon seimbang, barangkali boleh membantu.

Iklan

rambut bayi lebat

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Jadi, mungkin petua dan amalan pemakanan yang sihat dikongsikan dapat memberikan idea untuk diet seimbang buat para ibu yang ingin menimang cahaya mata atau sedang mengharungi fasa-fasa membahagiakan.

Apa yang penting, pastikan emosi, fizikal dan paling penting, hormon anda stabil sepanjang proses tersebut. #kitajagakita #kitalaluibersama