KEDENGARAN seperti tidak masuk akal apabila memikirkan bagaimana buah mangga mampu dijadikan sebagai material asas untuk menghasilkan sehelai gaun?

Namun, tindakan luar biasa itu dilakukan oleh seorang remaja yang asal Queensland, Australia, Jessica Collin, 18,

Kata Collun, usahanya itu adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran agar masyarakat tidak mengabaikan sisa buah-buahan tersebut.

 

Baca juga: Furby Sugar jenama lokal raih perhatian antarabangsa bukan sekadar busana banyak lagi item yang dihasilkan 

Baca juga: Raikan kebebasan selepas Covid-19 Alia Bastamam terjemaah rekaan dalam koleksi terbaharu

 

Memetik temu bual beliau bersama media antarabangsa BBC, dianggarkan sebanyak 5,000 kilogram buah mangga dibuang setiap tahun atas alasan tidak memenuhi piawaian standard pasar raya.

BUAH mangga yang telah dikeringkan menghiasi busana seorang remaja berusia 18 tahun.

Disebabkan itu, Collins bertindak untuk melakukan transformasi dengan cara mengubah buah mangga kepada gaun yang cantik.

“Saya memotong buah mangga kepada dua bahagian dan membersihkannya dengan menggunakan alat pembersih berkuasa tinggi bagi mengelakkan daripada buah tersebut dimakan oleh haiwan perosak atau serangga.

Iklan

“Kemudian setelah kering, saya mencantumkannya dengan cara menjahit menggunakan mesin jahit. Dianggarkan sebanyak 1,400 biji mangga telah digunakan untuk menjayakan projek tersebut,” katanya.

Remaja yang mesra disapa sebagai Jess itu turut memberitahu, tindakannya untuk menjadikan gaun daripada buah mangga awalnya dianggap gila dan jenaka oleh mereka di sekelilingnya.

SEORANG remaja menghasilkan gaun mangga yang demi mewujudkan kesedaran bagi mengelakkan pembaziran atau pembuangan buah tersebut.

Namun, setelah melihat hasil gaun tersebut, usikan nakal sebelum ini telah berubah menjadi pujian dan kejutan.

Iklan

“Saya mengharapkan pengguna dan juga pihak pasar raya dapat mempertimbangkan tindakan mereka yang membuang sejumlah besar buah mangga hanya kerana tidak bersesuaian dengan standard pasaran.

“Meskipun kelihatan seperti sudah rosak di bahagian luar, tetapi sebenarnya buah mangga masih boleh dimakan dan rasanya cukup enak,” luah Jess yang turut akan menggayakan gaun tersebut pada acara malam graduasinya nanti.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram