GOLONGAN wanita cenderung dalam soal penjagaan penampilan lebih-lebih lagi saat muncul di hadapan khalayak.

Boleh dikatakan, dari hujung rambut hingga hujung kaki, segalanya perlu diberi perhatian.

Bukan sahaja pemilihan gaya, tetapi penjagaan kesihatan kulit juga penting.

 

Baca juga: Jaga penampilan seawal usia 30-an berikut, langkah yang boleh diambil

Baca juga: Keliru nak pilih produk kosmetik terbaik berikut tip berguna yang boleh membantu

 

Namun, tidak hanya itu. Warna bibir juga perlu terutama sekali apabila ia menjadi salah satu tarikan utama seseorang.

Pemilihan gincu bibir yang betul perlu agar tidak menjejaskan penampilan sekali gus menjatuhkan 'saham'.

Memang benar, gincu antara solusi terpantas untuk mengatasi warna bibir gelap.

Bagaimanapun, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut secara semula jadi.

Justeru, berikut apa yang disarankan oleh popmama.com.

1. Madu dan pudina

Kandungan glukosa dan fruktosa yang ada dalam madu dapat merangsang epidermis agar merancakkan pertumbuhan kolagen baharu.

Daun pudina pula kaya dengan vitamin dan mineral yang mampu mencerahkan bibir.

Iklan

Hancurkan sedikit daun pudina, kemudian gaul bersama madu. Sapukan pada bahagian bibir dan biarkan selama 15 minit sebelum bilas dengan air bersih.

2. Lemon, kunyit dan minyak badam

Kandungan properti emollient dalam minyak badam dapat menghaluskan kulit bibir.

Kunyit pula mampu merawat bibir hitam dan kering sementara lemon berfungsi sebagai pencerah.

Caranya dengan mencampurkan tiga sudu besar jus lemon, satu sudu besar minyak badam dan dua sudu teh kunyit.

Gaul sekata dan sapukan pada bibir dan biarkan selama 20 minit sebelum bilas dengan air.

3. Limau nipis

Iklan

Kaya dengan vitamin C, limau nipis turut memiliki vitamin A, E, K, kalsium, magnesium, potasium dan fostor.

Kelebihan yang ada mampu merawat permukaan bibir kehitaman.

Pelbagai perkara boleh menyebabkan berlakunya bibir gelap seperti terdedah kepada cahaya matahari, merokok atau pengambilan kafein terlalu tinggi.

Jadi, potong limau nipis dan sapukan pada bibir selama lima minit dan biarkan 30 minit.

Bilas dengan air dan lakukannya dua kali kali sehari jika ingin mendapatkan hasil yang terbaik.

4. Air putih

Cara paling mudah adalah dengan memperbanyakkan minum air putih.

Tidak hanya memberikan kesegaran kepada tubuh, malah air putih dapat menjaga kelembapan bibir dengan mineral yang cukup.

Diharapkan dengan cadangan berikut dapat memberi penyelesaian kepada masalah bibir gelap.

Paling utama jaga kesihatan dengan baik dengan amalan hidup sihat dan melakukan aktiviti fizikal.

Selamat mencuba!

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI