SEBAIK sahaja mengumumkan isteri tercinta, Nurida Suraya Mohd Suhaimi selamat melahirkan bayi perempuan pada 2 September lalu, pereka dan pengasas jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin telah membuka akaun Instagram (IG) rasmi permata hatinya.

Laman sosial menggunakan nama @rizqaarizman itu umpama album peribadi memaparkan setiap gerak-geri dan keletah peribadi, Rizqaa.

Pun begitu, foto yang sentiasa mendapat perhatian warganet apabila Rizqaa (bemaksud rezeki dan kurniaan ALLAH SWT) menyarungkan variasi gaun hasil rekaan bapanya sendiri.

rizman ruzaini

Majoriti pengikut IG @rizqaarizman menyifatkan betapa istimewa dan beruntungnya si comel tersebut berpeluang menggayakan dalam persalinan label, Rizman Ruzaini.

Terbaharu, Rizqaa sekali lagi memikat hati 29,100 pengikut menerusi lima keping gambar yang mana si kecil itu dirias dengan memakai gaun persis puteri Disney hasil kreativiti Rizman Ruzaini.

rizman ruzani
KELIHATAN Rizqaa dalam kostum Puteri Jasmine sedang beradu di atas ‘karpet terbang’. 

Selain Snow White, Rizqaa juga ‘beraksi’ watak Puteri Jasmine, Puteri Sleeping Beauty, Belle (Beauty and The Beast) dan Cinderella yang sedang menunggu kehadiran Putera membawa sebelah lagi sepatunya.

rizman ruzaini
ALAHAI… comelnya Rizqaa persis Cinderella yang sedang menunggu sebelah lagi kasut kaca dibawa putera impian.

Namun begitu, apa yang menghiburkan pada kepingan foto itu juga ditulis dialog comel antara Rizqaa dan bapanya.

Iklan

Rizqaa: ‘Daddy, mana kasut Rizqaa lagi satu ni?’
Daddy: Daddy simpan.

Dialog berkenaan turut mendapat usikan daripada warganet. Antaranya ialah:

@yana.hakeem: Sooo cute! Bertuah sungguh tau Rizqaa.
@put3_zulaikha: daddy would always be 1st love
@kavi_vivian: Hahahah daddy simpan elok ye kasut kaca
@thenuruls_babyshop: Untung rizqaa daddy pandai jahit baju

Iklan

Direkodkan, Rizman dan isterinya selamat diijabkabul pada 13 September 2019.

Artikel berkaitan: Rizman teruja kehadiran Rizqaa, Ruzaini bakal timang cahaya mata sulung