KEPADA para hijabista yang tercari-cari produk yang sesuai untuk anda, jenama yang menawarkan penjagaan kulit yang berkualiti sejak tahun 1985, Safi memperkenalkan Safi Hijabista Bodycare.

Menggunakan 7 Pro Action & Teknologi Scent Care, rangkaian produk baharu itu mengetengahkan empat produk bagi menentang bau badan dan tubuh melekit iaitu deodoran bebola antibakteria, deodoran semburan antibakteria, losen gel aqua dan soothing gel pelbagai guna.

Safi dalam satu kenyataan berkata, inovasi terkini itu telah diuji secara klinikal dan dermatologi serta bebas daripada paraben, alkohol, pewarna, minyak mineral dan ujian haiwan.

“Kebanyakan rumusan produk penjagaan badan kini membuatkan kulit rasa berminyak dan melekit, namun rangkaian baharu ini menangani masalah tersebut,” kata Safi.

Berikut adalah penerangan mengenai rangkaian berkenaan:

 

Jangan lupa follow kami di Instagram!

SAFI HIJABISTA BODYCARE Deodoran Bebola Antibakteria.
-Merupakan deodoran antibakteria yang memberi perlindungan berkesan dengan manfaat penjagaan kulit.
-Ia menyediakan perlindungan selama 48 jam dan dilengkapi dengan aplikator yang mudah meluncur.
-Anda boleh memilih antara tiga varian iaitu Healthy White – Apricot & Pearl Powder, Dry Fresh- Aloe Vera & Cucumber atau Soft & Smooth- Shea Butter & Almond Oil.
-Selain itu, produk ini menyediakan manfaat 7 Pro Action: antibakteria, antibau Badan, antipeluh, antistres Kulit, antiiritasi, antikesan baju dan antimelekit yang sekali gis membolehkan anda bebas daripada bau dan berasa segar meskipun dengan fesyen pakaian berlapis sepanjang hari!

 

 

SAFI HIJABISTA BODYCARE deodoran semburan antibakteria.
-Produk ini adalah jawapan kepada sebarang masalah bau badan yang anda hadapi dan ia boleh digunakan di seluruh badan.
-Selain menyediakan perlindungan 48 jam, produk ini membolehkan pengeringan segera bagi memastikan tiada ketidakselesaan semasa penggunaannya.
-Varian ini boleh didapati sama seperti Deodoran Bebola dan produk ini turut berkongsi tujuh manfaat yang pasti dihargai oleh semua hijabista.

SAFI HIJABISTA BODYCARE Losyen Gel Aqua.
-Losyen gel ini memastikan kulit anda lembut dan umpama baldu walaupun dengan pakaian berlapis.
-Lebih istimewa, dengan 7 Pro Action, produk ini membantu untuk meremajakan, melembutkan, menghidrat, menenangkan dan menganjalkan kulit.
-Ia juga menyegarkan dengan sensasi aqua dan pada masa yang sama mengurangkan kedutan pada kulit, membuatkan kulit berasa lembut dan lembap ke mana sahaja anda pergi!

 

SAFI HIJABISTA BODYCARE Soothing Gel Pelbagai Guna.
-Terdapat dalam dua varian berbeza iaitu 100 peratus Aloe Vera Semula Jadi dan 100 peratus Buah Delima Semula Jadi yang memberi kemudahan kepada hijabistas kerana tidak perlu mencari pelbagai produk untuk kegunaan yang berbeza.
Soothing Fresh (Aloe Vera) melega dan menenangkan kulit, Radiant Fresh (Pomegranate) pula memperbaiki dan mencerahkan kulit.
-Gel ringan dengan pelbagai fungsi kegunaan ini melembapkan kulit untuk semua Hijabista.
-Ia boleh digunakan dengan berkesan sebagai pelembap badan, sapuan selepas cukuran, malah untuk rawatan rambut.
-Jika anda bimbang dengan kulit yang kering dan mengelupas, malah tumit merekah, inilah produk yang tidak mungkin anda lepaskan kerana ia menyelesaikan pelbagai masalah anda!

Iklan

Serentak dengan itu, SAFI Shayla, pakar penjagaan rambut wanita berhijab baru-baru ini melancarkan rangkaian Penjagaan Rambut SUPA (atau super) baharu yang mampu memberikan hasil rambut yang teramat hebat setiap hari dalam dua langkah mudah.

Kombo penjagaan rambut SAFI Shayla SUPA yang terbaharu itu yang terdiri daripada syampu dan Krim Tanpa Bilas Supa Lembut & Wangi merupakan penjagaan menyeluruh yang dirumus khas bagi memberikan rambut berhijab kelembutan yang lebih hebat dan rasa ‘supa’ ringan, digandingkan dengan haruman yang berkekalan sehingga 72 jam lamanya.

Selain memiliki minyak habbatus sauda organik yang penuh bernutrisi, formulasi rangkaian itu juga ditambah dengan kombinasi 11 minyak pati semula jadi yang mampu memberikan anda rambut yang 11 kali lebih berkhasiat!

2 Langkah Mudah untuk memiliki Rambut yang ‘supa’ setiap hari:

Iklan

1) Gunakan Syampu SAFI SUPA Smooth & Fragrant bagi mencapai kelembutan yang hebat bak sutera, kerana ia menjadikan rambut lebih lembut, lebih mudah diurus, tidak berminyak dan ringan, berserta haruman menawan yang berkekalan hingga 72 jam!

2) Sapukan Krim Tanpa Bilas SAFI SUPA Smooth & Fragrant pada rambut yang lembap untuk mentransformasikan rambut kusut dan tidak terurus kepada belaian rambut yang lembut bak sutera dengan haruman menawan! Menjimatkan masa tanpa perlu bilas, mudah dan tanpa rasa melekit!

Krim Tanpa Bilas SAFI Supa Baharu ini memiliki fungsi pelbagai kegunaannya seperti pelindung haba, penggaya dan pembaiki rambut sebelum dan selepas membuka tudung ataupun bila-bila masa jua!

Bagi mereka yang mengalami masalah rambut gugur, Krim Tanpa Bilas SAFI Supa juga terdapat dalam variasi lainnya iaitu Kawalan Rambut Gugur dan Wangi yang mempunyai kandungan tambahan bunga calendula bagi membantu mengukuhkan struktur rambut dan mengurangkan masalah keguguran rambut.

Jangan lupa follow kami di Instagram!