SETELAH penat melakukan aktiviti seharian, salah satu bahagian badan yang mungkin merasa paling sakit adalah kaki.

Namun, tidak perlu terlalu risau, kerana kini korang boleh membuat rawatan sendiri di rumah.

Salah satu bahan dapur yang terbukti untuk melegakan sakit kaki adalah merendam dalam air garam yang suam.

Walau bagaimanapun, untuk merasakan kesan secara optimum, korang mesti tahu cara merendam kaki dengan air garam dengan betul.

Garam dan air suam adalah gabungan yang cukup berkesan untuk merawat kesakitan.

Menggunakan air suam untuk sakit kaki dapat membantu mengurangkan otot yang tegang setelah beraktiviti dan banyak pergerakan sepanjang hari.

Sementara itu, garam mempunyai peranan anti-radang yang dapat membantu mengurangkan keradangan dan melegakan sakit otot.

Untuk mengoptimumkan manfaat air garam bagi yang sakit kaki, buatkan juga urutan lembut semasa atau selepas rendaman.

Korang juga boleh menambahkan sedikit minyak aroma untuk menjadikan air rendaman lebih wangi serta turut membantu menghilangkan bau busuk kaki.

Sakit kaki seharian kerja, ini rawatan paling mudah

Sekiranya korang mengikuti kaedah merendam kaki dengan air garam dengan betul, beberapa manfaat lain turut dapat dirasakan seperti;

Iklan
  • Merangsang peredaran darah dalam badan, terutama di kaki.
  • Melegakan kekejangan dan membantu merehatkan otot.
  • Membantu melegakan kekejangan pada sendi.
  • Membantu melegakan sakit di bahagian belakang dan kaki kerana terlalu banyak kerja.
  • Mencegah jangkitan kulat pada kulit kaki, kerana sifat garam sebagai antiseptik.

Bukan hanya itu, penggunaan air garam untuk sakit kaki juga dapat membantu mengatasi masalah tidur atau insomnia.

Pada dasarnya, salah satu penyebab insomnia adalah otot yang tegang sehingga tidak selesa untuk tidur.

Iklan

Apabila otot tidak lagi tegang setelah merendam kaki di dalam air suam, perasaan tenang dan mengantuk akan timbul secara semula jadi.

Baca juga Elak makan sebelum tidur, petua rasa segar ketika bangun pagi

Pastikan ambil tahu perkara ini sebelum membuat rendaman kaki;

  1. Hadkan masa merendam kaki dengan air garam suam, hanya sekitar 10 hingga 15 minit.
  2. Jika korang mempunyai kulit kering, rendaman boleh menyebabkan kulit anda menjadi lebih kering. Oleh itu, gunakan pelembap setelah merendam kaki.
  3. Sekiranya mempunyai luka terbuka di kaki, tunggu sehingga luka sembuh untuk melakukan rendaman.
  4. Pada penghidap diabetes dan luka kecil atau dijangkiti (merah, bengkak dan nanah) pada kaki, elakkan membuat rendaman.

Selamat mencuba!