PENAMPILAN menarik sudah menjadi satu kemestian lebih-lebih lagi ketika ingin meraikan sesuatu acara tertentu seperti sambutan perayaan.

Waktu beginilah masa yang terbaik untuk menyerlahkan sisi jelita dan keayuan kita untuk tatapan sanak-saudara dan tetamu yang berkunjung di rumah.

Tidak ketinggalan saat menyambut kedatangan Tahun Baharu Cina. Kemeriahan sambutan perayaan itu pastinya akan lebih mengujakan dengan gaya dan penampilan memukau.

Boleh dikatakan daripada hujung rambut sampai ke hujung kaki, segalanya perlu kelihatan mempesona lebih-lebih lagi dengan adanya elemen warna merah dan zodiak sempena menyambut kedatangan Tahun Harimau.

Berikut antara pilihan yang boleh dijadikan sebagai inspirasi dalam pemilihan gaya nanti:

1. Serum
Produk: Shiseido Year Of The Tiger Edition Ultimune Power Infusing Serum
Harga: RM588

Kesihatan kulit wajah penting bagi mengelakkan sebarang masalah lebih-lebih lagi ketika sedang asyik berlibur.

Kelembapan kulit mesti kekal terpelihara demi menghindari daripada kulit berminyak.

Antara jenama yang disyorkan ialah serum daripada Shiseido yang didatangkan khas sempena meraikan Tahun Harimau.

Terkandung ekstrak cendawan Reishi dan akar iris, selain kaya dengan antioksidan dan polisakarida, inovasi ini bukan sahaja memperbaiki kulit wajah, malah dapat mengurangkan tanda penuaan termasuk menguatkan penghidratan keserian wajah dalam masa tiga hari.

Agak pricey sedikit, tetapi berbaloi.

2. Haruman
Produk: Wangian Gucci Flora Gorgeous Gardenia
Harga: RM394 (50 mililiter)

Bau harum semerbak mampu menjadi daya penarik seseorang. Sama juga dengan wangi Gucci yang sesuai untuk wanita yang sukakan bau bunga-bungaan.

Diperbuat daripada campuran bunga gardenia putih, melati grandiflorum dan bunga pir. Bau wangian itu mampu membuat sesiapa sahaja tertawan.

Tidak hanya tentang keharuman, rekaan botol merah jampu dengan motif flora merupakan antara ciri-ciri klasik oleh Vittorio Accornero pada tahun 1966.

3. Solekan wajah
Produk dan harga: Bobbi Brown koleksi Bordeaux wine Claret
Gincu bibir Luxe Shine Intense (RM159), Pearlescent Glow Highlighter (RM210), Color-Enhancing Lip Balm (RM142), Pembayang mata Luxe (RM159), pembersih solekan Soothing Cleansing Oil (RM210)

Keindahan solekan dapat menyerlahkan pesona seseorang wanita dan menggunakan produk yang berkualiti dan tahan lama merupakan satu bonus.

Sempena perayaan Tahun Baharu Cina ini, produk kosmetik Bobbi Brown koleksi edisi terhad, Bordeaux wine Claret mengandungi segala cita rasa kemewahan yang diperlukan.

Antara produk yang ditawarkan seperti pearlescent highlighter, pembayang mata (multidimensional single shadows), lip balm (multidimensional single shadows), pelembap bibir (sheer tinted lip balm), bedak kompak (oil-absorbent pressed powder), gincu dan pembersih solekan.

4. Busana tradisi
Produk: Innai Red
Harga: Ceongsam Wei Ci Red (RM1,600)


Amalan tradisi tetap tidak dapat dilupakan meskipun masa telah banyak berubah. Pemakaian ceongsam sudah menjadi adat turun menurun khususnya buat golongan wanita.

Begitu juga dengan rekaan ceongsam oleh Innai Red yang tidak pernah gagal menyerlahkan kejelitaan wanita dalam setiap rekaan.

Elemen klasik bersama corak bunga dan potongan moden termasuk perincian seperti kolar Mandarin serta kekemasan butang dapat menyemarakkan aura si pemakai.

Iklan

5. Beg tangan


Produk: Louis Vuitton Dauphine MM
Harga:RM15,555

Pengikut fesyen sudah cukup mengenali jenama beg Louis Vuitton atau popular sebagai LV.

Jenama mewah itu turut tidak ketinggalan dalam memasarkan produk sempena menyambut kedatangan Tahun Baru Cina.

Mengekalkan ciri rekaan LV, beg tangan tersebut lahir daripada koleksi Dauphine for Cruise 2019. Diberikan nafas seperti ciri tali rantai kunci magnet.

Gaya ini sesuai untuk individu yang sukakan gaya santai dan sederhana, namun tetap kelihatan elegen dan mewah.

Tak salah sesekali belanja diri sendiri beli produk mewah.

Iklan

6. Jimmy Choo
Produk: Jimmy Choo Osaka Lace Up
Harga: RM2,474

Glam dan santai. Begitulah rekaan kasut sneaker rekaan Jimmy Choo. Selain menawarkan keselesaan yang maksimum, kasut tersebut juga diperbuat daripada kulit anak lembu putih bersama dengan nappa metalik merah beri.

Tapak platform dan tali dengan strap kristal berkilau antara sentuhan glamor kasut berkenaan.

Diharapkan perkongsian ini akan dapat dijadikan sebagai sumber ilham dalam memilih fesyen yang bergaya. Tidak ketinggalan juga SinarPlus ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua!

Berhati-hati ketika pulang ke kampung halaman ya!

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram