LAZIMNYA, ketika bangkit daripada tidur, memang tidak sah kalau wajah atau muka kita tidak sembab.

Itulah realitinya. Ia tidak ‘seindah’ watak wanita dalam lakonan filem atau drama dari mana-mana negara yang nampak cantik biarpun baru bangkit daripada lena.

Namun, berbeza dengan yang ditonjolkan dalam filem animasi, Frozen yang mana penampilan Anna tampak lebih ‘real’ meskipun ia sekadar naskhah fantasi kanak-kanak.

Dua situasi itu sekadar perbandingan dan analogi mudah saja untuk sama-sama kita hadam.

Bercerita semula tentang masalah wajah sembab dan bengkak apatah lagi dengan kewujudan kedut bawah mata (eyebag), ia menjadi satu pandangan yang tidak ingin dilihat pada setiap kali bangun tidur.

Lebih-lebih lagi, kalau terlambat bangun untuk pergi kerja.

Mesti situasi berkenaan pernah atau kerap berlaku pada kita semua, bukan?

Bagaimanapun, anda jangan risau kerana kami di SinarPlus akan membantu berkongsi tip mengenai cara-cara menghilangkan kemelut itu.

Paling utama, setiap apa yang dilakukan perlu konsisten bagi mendapatkan hasil yang terbaik.

Berikut antara cadangan SinarPlus yang diharapkan dapat membantu mangatasi masalah wajah sembab selepas bangun tidur yang mungkin telah menghantui anda:

1. Minum banyak air

  • Pastikan anda minum air yang cukup pada waktu siang bagi mengelakkan dehidrasi.
  • Disarankan minum segelas air putih beberapa jam sebelum tidur bagi mengelakkan nokturia.
  • Menurut laman web hellodoktor.com, nukturia adalah peningkatan keinginan untuk membuang air kecil pada waktu malam.
  • Sekiranya berasa dahaga, tidak menjadi masalah untuk minum air sebelum tidur tetapi jangan amalkan selalu.

2. Bersihkan wajah

Iklan
  • Pastikan anda membersihkan wajah sebelum tidur terutama selepas mengenakan solekan.
  • Bersihkannya dengan air dingin dan lapkan sehingga kering.

3. Tidur yang cukup

  • Dalam sehari kita digalakkan untuk tidur selama tujuh hingga lapan jam.
  • Sebaiknya hindari mengambilan minuman kafein seperti kopi dan teh sebelum tidur.

4. Uncang teh dan hirisan timun

  • Menggunakan timun pada wajah sesuatu yang klasik dan sering diamalkan.
  • Kandungan vitamin A, B, C, dan mineral seperti magnesium, mangan, dan silika baik dalam timun baik untuk kulit.
  • Hiris timun dan letakkan pada bahagian mata dan wajah sekitar 10 hingga 15 minit.
  • Bagi uncang teh, jangan dibuang selepas digunakan.
  • Uncang teh dapat menghilangkan bengkak dan letakkan pada bahagian wajah selama 10 hingga 15 minit.
  • Kaedah lain, anda juga boleh merendamkan muka ke dalam air sejuk selama 10 saat.

5. Kawal kandungan garam

  • Wajah bengkak selepas bangun tidur boleh dikaitkan dengan pengambilan garam berlebihan.
  • Situasi itu turut dikaitkan dengan gejala hypothyroidism atau hipotiroid.
  • Disebabkan itu cuba untuk tidak mengambil makanan seperti mi segera, bergoreng atau tinggi kandungan garam dan perisa sebelum tidur.
  • Sekiranya anda mengalami sebarang alahan atau masalah kesihatan, wajar untuk mendapatkan rawatan dan dapatkan nasihat doktor.

Begitu juga dengan melakukan senaman secara berkala dan pengambilan diet seimbang bagi memastikan tahap kesihatan yang baik.

Iklan

Bagaimana? Rata-rata syor yang dikongsikan itu mudah mahu dibuat.

Apalagi, kepada anda yang dibelenggu masalah itu sekian lama, jom praktikkan.

Bukan setakat penampilan luaran, SinarPlus ingin ingatkan anda tentang kepentingan menjaga penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan menggunakan sanitasi tangan bagi mengelakkan penularan virus Covid-19. #kitajagakita