BILA tiba hari raya, memang tidak sah jika tiada baju baharu. Namun, apabila terlalu banyak pilihan, celaru pula untuk membuat keputusan.

Tidak perlu begitu kerana Poplook menawarkan variasi potongan, corak dan warna yang pastinya mampu menyerlahkan penampilan di pagi Syawal.

Salah satunya koleksi Palma yang memiliki semangat percutian ala resort. Rekaan daun pokok palma yang minimalis bersama pilihan warna pastel memang cantik.

 

Baca juga: Kekaboo tawar lebih 10 rekaan baharu dengan 40 pilihan warna termasuk padanan ibu dan anak

Baca juga: Bergaya sakan dengan variasi pilihan baju raya sempena Zaloraya 2022 memang rambang mata dibuatnya

 

Ditambah pula dengan potongan siluet secara tidak langsung menonjolkan ciri-ciri feminin dan ia juga mudah untuk digayakan.

Busana itu sesuai buat mereka yang gemarkan sesuatu yang sederhana dan selesa untuk dipakai ke mana sahaja.

Bagi yang inginkan penampilan klasik dan nostalgia, koleksi Gemalai sudah tentu pilihan terbaik.

Iklan

Rekaan kebaya labuh yang dihiasi dengan scallop hem di bahagian bawah hingga ke potongan kurung.

Gaya minimal yang turut diserikan dengan sulaman eyelet membuatkan ingatan kita kembali ke masa lampau, selain kaya dengan elemen malar segar.

Ia juga menggunakan material daripada jenis kapas semula jadi dan linen rayon.

Gabungan kedua-dua bahan tersebut menawarkan keselesaan berganda dan sesuai dengan cuaca tropika negara.

Koleksi berkenaan hadir dengan pelbagai warna seperti kuning mentega, beri gelap, kabus biru dan hijau tua.

Iklan

Terdapat juga set untuk kanak-kanak perempuan yang boleh dipadankan bersama ibu.

Seterusnya koleksi Nusantara. Menggunakan fabrik jacquard dengan tema bersinar dan berkilau (shine and sparkle).

Taburan kristal dengan kombinasi material tulle bersama mutiara dan labuci menaikan daya penarik si pemakai.

Penampilan glamour pada hari raya dengan pelbagai pilihan warna sama ada gelap atau pastel pasti memukau pandangan ramai.

Tidak ketinggalan koleksi Nusantara turut hadir bersama set padanan anak (perempuan) dan ibu.

Boleh didapati secara dalam talian atau mendapatkannya secara fizikal di pusat beli-belah seperti SOGO, Setia City, iOi City, The Curve, KL East dan AEON Shah Alam.

Jangan risau mengenai pilihan saiz kerana ada tersedia bermula dari XS hingga 4XL.

Rekaan baju koleksi Nusantara
Rekaan baju koleksi Gemalai
Rekaan baju koleksi Palma

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI