Shokubutsu baru-baru ini memperkenalkan rangkaian produk antibakteria baharu, Natural Protection Body Wash yang diperbuat daripada 100 peratus bahan pembersih yang berasal daripada tumbuhan, di samping ‘penampilan‘ reka bentuk botol terkininya.

Bagi memudahkan mereka yang kurang upaya dalam penglihatan, semua botol dilengkapi dengan kod braille, kata Pengarah Urusan Southern Lion Sdn Bhd, Kazuo Mabuchi.

Mengulas mengenai Natural Protection Body Wash, Mabuchi berkata, produk itu dirumus untuk melindungi pengguna daripada 99.9 peratus kuman dengan bahan antibakteria semula jadi.

Terdapat empat variasi yang boleh dipilih iaitu Complete Care (dengan eucalyptus), Refresh & Go (dengan tea tree), Energize (dengan yuzu) dan Aqua Cool (dengan pudina & menthol).

Iklan

Cecair pembersih badan yang diuji secara dermatologi ini sesuai untuk semua jenis kulit dan berupaya menghapuskan kuman secara berkesan,“ ujarnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Serentak itu juga, Mabuchi berkata, Shokubutsu Fresh Body Wash yang terdiri daripada seleksi Orange Zest, Sakura Whitening, Green Fresh, Floral Bloom dan Iris Bliss telah dipertingkatkan lagi.

Iklan

“Varian Clean Fresh misalnya, kini diperkaya dengan 100 peratus ekstrak protein beras organik, asid amino dan vitamin E untuk menyerlahkan semula keserian kulit anda.

Varian Moisture Fresh pula ditambah dengan minyak zaitun bagi memberi khasiat tambahan. Nikmatilah suasana seolah-olah dikelilingi oleh alam semula jadi dengan teknologi milik Shokubutsu Living Fragrance Technology yang menghasilkan buih-buih yang mewah,“ katanya.