Oleh MAZLINA ABDUL MAJID

SITI Khadijah (SK) memperluaskan skop bisnesnya apabila memperkenalkan koleksi pakaian ABAH khas untuk golongan lelaki.

Jenama berkenaan dalam satu kenyataan mengatakan, SK memang sangat sinonim dengan penjualan produk khusus buat wanita yang mana sebahagian besar adalah terdiri daripada golongan itu.

“Pun demikian, pada tahun 2022, SK ingin memberi kelainan dengan memberikan fokus kepada pakaian khusus untuk kaum Adam,“ kata SK.

Baca juga PENING nak fikir beli baju raya stail, material yang mana satu? Poplook boleh bantu

Selain baju kemeja, label berkenaan turut mengetengahkan seleksi kopiah, kain pelikat termasuk jubah dengan pelbagai nuansa warna.

Sempena meraikan lebaran kali ini, SK juga akan mengadakan promosi secara besar-besaran menerusi kempen SK Online Festival selama dua hari iaitu pada 19 hingga 20 April ini di laman web SK, www.sitikhadijah.com.

“Kami menyediakan Kombo Eksklusif bermula dari harga serendah RM190 sahaja.

“Menariknya lagi, pelbagai hadiah percuma disediakan sepanjang program berlangsung.

“Sebagai bonus kepada para pelanggan SK yang dihargai, penghantaran percuma diberikan untuk pembelian RM60 dan ke atas,“ ungkap jenama terkemuka itu lagi.

Seperti yang diketahui ramai, SK sememangnya sentiasa tampil dengan keunikan dan rekaan inovatif pada telekungnya.

Iklan

“SK memperkenalkan rekaan yang dipatenkan fokus kepada potongan unik bahagian wajah dengan kombinasi fabrik berkualiti tinggi untuk memastikan keselesaan ketika pemakainya sedang beribadah.

“Material mudah regang sangat sesuai untuk setiap bentuk dan saiz wajah wanita,“ ungkap SK.

Secara asasnya, koleksi telekung SK menawarkan empat unik rekaan wajah yang berbeza dengan desain telekung biasa.

Material yang digunakan juga hanya daripada fabrik kualiti terbaik seperti kapas, cotton-feel, rayon dan sutera dengan sentuhan perincian renda yang disulam indah.

Iklan

“Selain daripada telekung, SK turut menawarkan himpunan pakaian khas untuk jemaah umrah dan haji.

“Antaranya seperti hijab, sarung lengan, jubah , baju kurung tradisional dan pelbagai aksesori lain,” kata SK lagi.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI