DALAM perubatan tradisional Cina, sarang burung dikategorikan sebagai tonik yang mengandungi protein, asid amino dan mineral baik untuk pertumbuhan kanak-kanak.

Pada masa sama, ia membantu meningkatkan imunisasi tubuh badan termasuk mengelakkan selesema dan mengurangkan batuk kering.

Ahli perubatan Cina sentiasa menyarankan agar sarang burung diambil sebelum menikmati makanan lain bagi membolehkan tubuh menyerap nutrisinya dengan baik.

Pun begitu, selari dengan modenisasi hari ini, sarang burung telah digunakan dalam penghasilan set kosmetik dan produk makanan tambahan yang mana ia bermanfaat pada aspek kecantikan dan kesihatan.

Artikel berkaitanSiti Nurhaliza sah hamil empat bulan

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza misalnya, antara individu yang mengamalkan sarang burung sejak melibatkan diri dalam bidang seni hingga kini.

Menurut pelantun lagu, Nian Di Hati tersebut sarang burung yang kaya dengan protein bukan sahaja membantu meningkatkan sistem imunisasi dan antibodi, malah membekalkan tenaga yang banyak.

“Sejak mengamalkan sarang burung, tubuh badan saya sentiasa cergas dan kekal bertenaga walaupun seharian bergerak ke sana dan ke sini.

“Bahkan, majikan sebelum ini Tan Su Loke (penasihat syarikat rakaman Suria Recors) juga sentiasa menyediakan sup sarang burung apabila kesihatan saya kurang stabil.

“Namun begitu, alhamdullilah hari ini (1 Disember) saya pula berpeluang mengeluarkan produk sarang burung sendiri dikenali Beaunest yang menggabungkan madu, delima dan kurma,” katanya pada Majlis Pelancaran Wonderlab dan BeauSiti yang berlangsung secara online melalui aplikasi Zoom hari ini.

siti nurhaliza
SITI NURHALIZA (dua dari kiri) dan KC Hoe (dua dari kanan) selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada Majlis Pelancaran Wonderlab dan BeauSiti secara online hari ini. 

Turut hadir ialah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO International), Hoe Kian Choon (KC Hoe) dan Datuk Khalid Muhammad Jiwa, suami kepada Siti Nurhaliza.

Beaunest adalah minuman kesihatan berasaskan sarang burung asli tanpa gula tambahan, bahan pengawet dan pewarna tiruan.

siti nurhaliza

Sumber: Instagram @ctdk dan @beausitiofficial