JENAMA sukan dan gaya hidup terkemuka, SKECHERS, sekali lagi berbesar hati mengalu-alukan kembali koleksi popularnya, Skechers X One Piece.

Dalam rangkaian terbaharu itu, Skechers X One Piece yang ‘diupdate’ mengetengahkan lima gaya baharu yang pastinya lebih menarik.

Lima watak utama yang dibawakan ialah Monkey D. Luffy, Franky, Roronoa Zoro, Vinsmoke Sanji dan Tony Tony Chopper.

Paling mencuri tumpuan, pastinya penampilan warna khas watak-watak daripada siri Anime popular tersebut!

Buat julung kalinya dalam siri kerjasama itu, SKECHERS juga memperkenalkan dua kasut kanak-kanak yang diimaginasikan semula daripada watak Tony Tony Chopper dan Monkey D. Luffy (direka dengan gaya padanan dengan kasut orang dewasa).

 

One Piece desain mempunyai tiga siri kasut gaya jalanan popular iaitu:

i) The bold Monster series
ii) The urban-sporty style Stamina V2 series
iii) The iconic chunky D’Lites 4.0 series

Naib Presiden Skechers Asia Tenggara, Zann Lee berkata, pihaknya sangat teruja melancarkan gelombang baharu koleksi Skechers x One Piece secara dalam talian dan di kedai-kedai fizikal.

Iklan

“Sejak koleksi kolaboratif terakhir iaitu pada tahun 2019, pembeli kami telah berkongsi betapa mereka menyukai kolaboratif ini.

“Justeru, kali ini kami perluaskan reka bentuk kami dengan gaya bukan hanya untuk orang dewasa, malah untuk kanak-kanak sekali,” katanya.

 

Iklan

Selain kasut, koleksi Skechers x One Piece juga merangkumi pakaian dan aksesori seperti casual slides, baju-T, pullover, hoodies, topi dan pouches yang akan dilancarkan kemudian.

Kepada anda peminat tegar jenama kegemaran ramai ini, boleh membuat pembelian menerusi https://www.skechers.com.my/ atau di kedai-kedai Skechers terpilih di seluruh negara mulai 1 Oktober lalu.

Sneakers Skechers juga terdapat di platform Skechers Official Shopee dan Lazada.