SEIRING dengan peningkatan usia, golongan wanita perlu lebih menitikberatkan soal penjagaan kesihatan.

Bukan apa, apabila usia semakin menua, kadar metabolisme dan estrogen tubuh akan semakin menurun.

Memetik buku, The Menopause Diet Plan, A Natural Guide to Harmones, Health and Happiness, pemilih makanan yang bijak mampu mencegah kenaikan berat badan mendadak dan mengawal hormon selepas putus haid.

 

Baca juga: Tidak perlu sampai berlapar atau seksa diri semata mata mahu kurus ketahui 4 langkah ideal ini

Baca juga: Sihat cantik jom cuba 4 resipi smoothie buah-buahan, sayuran baik untuk diet

 

Dalam pada itu, menerusi perkongsian Eat This, Not That, disenaraikan beberapa makanan yang digalakkan pengambilannya dan hidangan yang perlu dielak. Berikut huraiannya:

MAKANAN YANG DICADANGKAN

1. Salmon

Proses peningkatan usia tidak boleh dielakkan, tetapi jumlah berat badan dapat dikawal. Salmon merupakan sumber protein terbaik berbanding dengan karbohidrat.

Kandungan omega-3 bukan sahaja baik untuk jantung dan otak, malah ia turut memberi manfaat bagi mengurangkan risiko arteri tersumbat termasuk membantu merendahkan tekanan darah.

2. Kekacang

Orang kata kecil-kecil cili padi. Begitu juga dengan kekacang yang mengandungi tahap kalori dan lemak yang tinggi.

Kekacang menyalurkan sumber protein yang baik untuk kesihatan jantung, tiada kandungan lemak tepu, kalium, fiber dan beberapa nutrisi lain yang sesuai dengan usia setengah abad.

Kaya dengan asid amino yang membuatkan nitrik oksida, sekali gus membantu melancarkan aliran darah ke jantung dan otak.

Sebaiknya ambil kekacang tanpa garam seperti kacang tanah, badam, walnut dan pistasio.

3. Kacang soya

Menurut satu kajian saintifik, sekitar 75 peratus wanita lingkungan usia 40 dan 50 tahun mengalami penurunan paras estrogen dalam tempoh dua tahun disebabkan pengambilan kacang soya.

Soya seperti tempe dan tauhu merupakan sumber protein lengkap dan sesuai untuk menggantikan lemak daging proses. Ia juga dapat mengurangkan kolestrol dalam badan, memelihara jantung dan kandungan kalsium yang baik untuk tulang.

4. Yogurt

Pengambilan yogurt putih tanpa campuran gula dan rendah lemak dapat membuatkan rasa kenyang lebih lama. Makanan tersebut menjadi lebih baik sekiranya ditambah dengan kehadiran kultur aktif atau probiotik yang dapat memelihara kesihatan usus.

Yogurt turut dapat memperlahankan pertambahan berat badan ketika usia meningkat dan mempu mencegah daripada mengalami tekenan darah.

 

Iklan

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN

1. Minuman manis

Sebolehnya cuba elakkan daripada mengambil minuman manis seperi soda, buah-buahan berperisa, kopi atau teh.

Pakar kesihatan mencadangkan pengambilan gula tambahan sekitar 50 gram sehari sahaja.

Hal ini kerana sebarang minuman manis akan mengakibatkan penambahan berat badan selain mudah terdedah kepada penyakit kanser.

2. Daging proses

Daging proses seperti sosej sering dijadikan sebagai hidangan sarapan pagi.

Iklan

Namun, perkara sebegitu perlu dielakkan pengambilan makanan daripada jenis begitu boleh meningkatkan peluang penyakit kanser.

Ini kerana makanan tersebut sudah dicampuri dengan pelbagai bahan kimia sepanjang tempoh mengawet, perap dan sebagainya.

Gantikan makanan daging proses dengan pilihan menu yang lebih sihat, bebas lemak dan kaya dengan mineral seperti sayur-sayuran.

3. Daging atau stik

Hidangan daging stik atau rusuk bakar memang mengiurkan. Bagaimanapun, makanan tersebut mampu memicu kenaikan berat badan dengan cepat. Hal ini kerana kandungan lemak tepu yang tinggi memerlukan lebih banyak tenaga untuk membakarnya.

Justeru, kepada anda yang berusia 40-an ke atas, sudah wajib ambil langkah berwaspada. Jangan makan tak tentu hala ya.

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram