BARU-BARU ini, jenama Suu Balm melancarkan kempen Jangan Gatal yang menampilkan produk terlaris mereka iaitu Suu Balm Rapid Itch Relieving dan Restoring Moisturizer.

Program tersebut disasarkan khususnya  untuk warga emas bagi menghentikan kegatalan dan mengatasi kulit kering dengan cara yang paling cepat dan efektif.

Secara asasnya, kempen Jangan Gatal merangkumi tiga filem berlainan yang menyasarkan warga tua dan anak atau pengasuh mereka.

Ia bakal ditayangkan di beberapa saluran program Astro, sementara dua yang lain akan ditayangkan di platform dalam talian sebagai kandungan digital program program tersebut.

Jenama Suu Balm juga turut meletakkan pengimbas suhu di beberapa farmasi terpilih sebagai salah satu inisiatif dalam menyampaikan mesej kempen mereka.

Mengulas lanjut, Pengasas Suu Balm, Dr John O’Shea dan Jason Humphries berkata, mereka berdua melahirkan rasa teruja apabila akhirnya solusi untuk warga emas yang berhadapan dengan isu kulit gatal-gatal disebabkan terlalu kering atau kondisi kulit yang lain dapat direalisasikan.

“Perbuatan menggaru secara berterusan tidak lagi memberikan kelegaan sementara buat mereka. Malahan, tindakan tersebut akan menyebabkan semakin banyak bahan kimia dikeluarkan, menjadikan kulit bertambah gatal. Kitaran gatal dan garu ini boleh menyebabkan gangguan tidur, stress dan ketidakselesaan.

Justeru, kami berharap kempen ini akan membantu warga Malaysia khususnya golongan warga emas termasuk pengasuh mereka agar lebih memahami manfaat kandungan produk Suu Balm terutama sekali mentol dan ceramides,” kata Dr O’Shea dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Mentol antara lain berupaya menghentikan kegatalan dengan pantas, manakala ceramides memberikan kelembapan yang diperlukan dan memperbaiki penghadang kulit.

 

Dalam pada itu, Humphries berkata, mempunyai kulit yang sangat gatal merupakan pengalaman yang mengerikan.

Sama seperti kata Dr O’Shea, beliau berkata, perbuatan menggaru menjadikan kulit lebih teruk. Ramai dari kalangan warga emas mempunyai kulit yang terlalu kering dan gatal.

Hal itu juga mungkin disebabkan oleh faktor seperti menggunakan sabun terlalu kerap atau masalah kesihatan lain seperti masalah buah pinggang dan kencing manis, katanya.

Untuk keterangan lanjut mengenai kempen Jangan Gatal, layari https://www.suubalm.com.my