KALAU sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke Paris, jenama FILORGA memang tidak asing lagi.

Namun selepas beberapa tahun kukuh di lebih 70 negara di seluruh dunia, produk hasil inovasi pakar estetika kelahiran Perancis, Dr Michel Tordjman sudah boleh didapati di platform digital Lazada sama ada di Singapura, Malaysia dan Indonesia.

Formula lanjutan beliau dikatakan menawarkan prestasi antipenuaan yang nyata dan dapat dilihat dalam masa tujuh hari.

Daripada lebih daripada 50 produk kosmetik yang telah tersedia dari semasa ke semasa, jom kita perhalusi sebahagian daripada inovasi Dr Michel:

NCEF-INTENSIF
-Merupakan salah satu produk terlaris dalam talian.
-NCEF adalah teknik canggih yang memberikan asid hyaluronik dan 50 bahan aktif lain ke dalam kulit. Ia akan memastikan penyerapan berkesan bagi memperbaharui keremajaan dan kualiti kulit.
-Juga bertindak sebagai serum multi-correction untuk memperbaharui kulit sepenuhnya.

 

TIME FILLER
-Mengandungi bahan aktif seperti peptida dan asid hyaluronik, rangkaian TIME-FILLER FILORGA diilhamkan secara langsung daripada teknik perubatan estetik untuk atasi semua jenis kedutan.
-‘Kedalaman’ kedutan akan dikurangkan separuh dalam tempoh 2 bulan.

 

Iklan

 

MESO-MASK
-Topeng muka yang bertujuan untuk mengatasi kulit kusam.
-Ia turut memberi pencerahan ke atas tona kulit, mengurangkan kedutan dan mengurangkan tanda-tanda keletihan pada kulit.
-Berdasarkan kajian dalaman yang dilakukan oleh FILORGA, 90 peratus daripada 31 wanita merasakan kulit mereka lebih halus dan bercahaya selepas 28 hari menggunakan MESO-MASK sebanyak dua kali seminggu.

 

Iklan


Di mana anda boleh mendapatkan produk berprestij ini? Jawapannya, semua ada di platform digital, Lazada.

Untuk keterangan lanjut mengenai FILORGA, layari:

Website: www.filorga.com
Facebook: www.facebook.com/laboratoires.filorga
Instagram: @filorga_sea
Lazada Flagship: https://www.lazada.com.my/shop/filorga/