MEMILIKI kulit cerah bebas cela persis wajah bintang K-pop pastinya menjadi idaman bagi setiap wanita mahupun lelaki.

Sudah semestinya, kulit bersih dan bebas kusam akan menjadi daya penarik dan seri seseorang, selain tampil mempesona.

Bercakap soal kecantikan, dari semasa ke semasa, kebanjiran pelbagai produk dalam pasaran tidak dinafikan dapat membantu kita untuk mencapai impian memiliki kulit muka idaman.

Bagaimanapun, kita tidak boleh menolak ‘keupayaan’ bahan sumber semula jadi yang belum diproses secara kimia juga mampu untuk memberikan hasil serupa seperti produk kosmetik berjenama.

Mahu tahu rahsianya? Berikut SinarPlus senaraikan bahan-bahannya yang mudah kita temui dan kerap digunakan di dapur:

1. Buah lemon.

  • Kandungan vitamin C yang terdapat dalam lemon bukan sahaja dapat meningkatkan paras haemoglobin yang berfungsi membawa oksigen ke sel-sel tubuh, namun pada masa sama, vitamin C dalam buah-buahan itu juga dapat membantu mencerahkan kulit badan.
  • Caranya dengan sapukan buah lemon kepada bahagian kulit tangan dan kaki dengan menggunakan kapas sebelum tidur. Kemudian biarkan seketika selama 30 minit sebelum bilas dengan air bersih.
  • Bagi individu yang memiliki kulit sensitif, anda perlu untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

2. Ubi sengkuang.

  • Menu sengkuang calit bukan sahaja sesuai untuk dijadikan sebagai santapan minum petang, tetapi kandungan vitamin B dan C yang ada boleh dimanfaatkan sebagai agen pencerah kulit.
  • Sengkuang juga boleh dijadikan sebagai skrub dengan cara mengisar ubi sengkuang dan kemudian perah untuk mendapatkan air.
  • Guna air perahan tadi dengan sedikit campuran ubi sengkuang kisar untuk dilumurkan pada kedua-dua belah tangan atau mana-mana anggota badan.
  • Kaedah ini turut dapat membuang sel kulit mati.

3. Lidah buaya.

  • Pokok lidah buaya mempunyai kandungan aloe vera yang mampu memutih dan melembabkan kulit.
  • Aloe vera daripada pokok lidah buaya juga dapat mengurangkan risiko kulit gelap atau tidak sekata akibat terdedah kepada cahaya matahari.
  • Cara penggunaannya adalah dengan ambil satu atau lebih batang lidah buaya, kemudian potong pada bahagian kulit untuk mendapatkan aloe vera.
  • Setelah itu sapu ke bahagian anggota badan yang diinginkan sebelum biarkan selama 15 minit sehingga cairan aloe vera tersebut mengering. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.

4. Yogurt.

  • Tidak dinafikan, yogurt banyak memberikan manfaat kepada kita. Tidak hanya memutihkan kulit, malah membantu menghilangkan permukaan kulit kasar, kering dan bersisik.
  • Namun, ingat ya gunakan yogurt asli tanpa campuran perisa sebelum meletakkannya pada anggota badan. Biarkan selama 10 minit sebelum bilas menggunakan air bersih.

Iklan

5. Kunyit.

  • Secara saintifiknya, kunyit kaya dengan kandungan vitamin C, E, dan K.
  • Agen pemutih seterusnya ialah kunyit. Gabungan bahan seperti kunyit, yogurt dan madu dipercayai dapat memutihkan dan menghilangkan rona kulit tidak sekata.
  • Kunyit turut memiliki kandungan antibakteria yang membantu merawat kulit badan.
  • Penggunaannya adalah dengan mencampurkan serbuk kunyit, yogurt dan madu sebelum gaul sekata.
  • Kemudian sapu pada bahagian anggota badan sebelum membiarkannya selama 15 minit. Setelah itu bilas dengan air bersih.

6. Timun.

  • Kaya dengan kandungan protein, karbohidrat, vitamin C, K, A dan antioksidan.
  • Timun dikatakan mampu menghilangkan kesan pigmentasi pada kulit wajah.
  • Sayuran ini juga dapat menghilangkan kesan gelap pada bahagian bawah mata.
  • Cara untuk mendapatkan manfaat timun ini adalah dengan memotong sebatang timun kepada dua bahagian dan kemudian dimasukkan ke dalam pengisar.
  • Tidak perlu untuk meletakkan air. Kisar timur sehingga berubah kepada bentuk gel atau sedikit cair dan seterusnya disapukan kepada bahagian anggota badan yang diinginkan selama 30 minit sebelum bilas dengan air bersih.

7. Beras dan minyak zaitun.

Iklan
  • Penggunaan beras dan minyak zaitun dipercayai telah lama digunakan oleh kaum hawa di negara Asia bagi memutihkan kulit.
  • Campuran beras dan minyak zaitun juga dikatakan boleh menghilangkan kedutan dan menganjalkan kulit wajah.
  • Caranya adalah dengan menumbuk beras sehingga menjadi halus dan campurkan dengan minyak zaitun.
  • Sapukan bahan tersebut ke bahagian anggota badan sebelum biarkan untuk seketika dan seterusnya bilas dengan air bersih.

8. Madu

  • Madu dipercayai mampu membantu mencerahkan dan melembabkan kulit secara semula jadi dan kaya dengan kandungan antioksidan selain dapat menyingkirkan sel kulit mati pada wajah.
  • Cara penggunaannya adalah dengan sapukan madu pada bahagian anggota yang diinginkan dan biarkan selama 30 minit sebelum bilas dengan air bersih.

Secara kesimpualannya pelbagai bahan semula jadi tidak hanya bertujuan untuk masakan, tetapi ia juga banyak memberi manfaat kepada kesihatan.

Diharapkan perkongsian SinarPlus ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.