MANIS dan menawan. Itu kesimpulan SinarPlus untuk menggambarkan koleksi baharu SHEIN yang julung kali menampilkan persalinan kaftan, abaya dan tudung.

Mementingkan konsep Muslimah modest, SHEIN yang bekerjasama dengan penyanyi popular, Iman Troye sudah tentu akan menjadi tarikan kaum Hawa lebih-lebih lagi golongan belia.

Busana yang ditampilkan juga sesuai untuk dipakai saat menziarahi sanak saudara dan kenalan ketika musim rumah terbuka nanti.

 

Baca juga: Serlahkan penampilan gaya sepanjang Lebaran dengan variasi pilihan baju raya Poplook

Baca juga: Bergaya sakan dengan variasi pilihan baju raya sempena Zaloraya 2022 memang rambang mata dibuatnya

 

Olahan dan kekemasan siluet polos mampu menyerlahkan aura feminin dan memukau mata yang memandang si pemakain.

Tidak kurang juga pilihan pakaian yang sesuai untuk dikenakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak.

TARUHAN BAHARU

SHEIN Malaysia yang melancarkan himpunan fesyen Muslimah menjadi antara taruhan baharu ‘gedung’ dalam talian itu.

Pelbagai pilihan corak, potongan, saiz dan warna boleh didapati.

Iman merupakan antara artis tempatan yang berjaya mewarnai papan iklan Times Square, New York, Amerika Syarikat itu turut teruja dengan koleksi baharu tersebut.

“SHEIN tidak pernah mengecewakan saya dengan pelbagai pilihan pakaian boleh disuai padan mengikut gaya tersendiri.

“Saya berharap koleksi eksklusif ini bakal menambahkan warna serta karakter buat gerobok pakaian anda,” ujar Iman.

Meletakkan pelbagai pilihan premium dengan menawarkan lebih 6,000 produk fesyen, kecantikan dan gaya hidup di samping memiliki 600,000 item tersedia setiap hari.

Aplikasi SHEIN boleh dimuat turun secara percuma di iOS dan Android.

Sebarang maklumat lanjut layari my.shein.com atau media sosial, Facebook, Instagram, TikTok, Twitter dan YouTube.

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI