TATKALA menantikan detik bersalin pelbagai cara dilakukan wanita bagi memudahkan proses melahirkan anak. Pendek kata, lain orang, maka lainlah kaedahnya.

Bagi penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar atau popular dengan gelaran Cik Piah, beliau lebih gemar melakukan aktiviti zumba atau bergerak aktif baik di tempat kerja mahupun di rumah.

Pemilik nama sebenar, Nor Shafiza Iskandar Azizan yang sedang sarat mengandung anak ketiga itu menyifatkan dalam tempoh kehamilan beliau bukanlah individu suka ‘duduk diam’.

Boleh dikatakan ada sahaja aktiviti dilakukan oleh anak kelahiran Pasir Gudang, Johor tersebut.

cik piah feeya
FEEYA atau popular dengan panggilan Cik Piah mengakui tidak akan duduk diam dan kekal aktif walaupun sarat mengandung.

“Dalam beberapa minggu saja lagi Insya-ALLAH saya dijangka bersalin. Jika diikutkan ketika mengandungkan dua anak sebelum ini pun saya banyak bergerak.

“Antaranya, turun dan naik tangga, ligat bekerja dan berzumba secara ringan. Tidak boleh duduk sahaja kerana perlu ada pergerakan,” jelas beliau dalam satu video berdurasi 1.59 minit yang dimuat naik dalam Instagram stesen radio berkenaan.

Dalam pada itu, Cik Piah turut berkongsi tip pemakanan yang mana ketika usia kandungan mencecah tujuh bulan beliau mengamalkan minum minyak kelapa dara.

Iklan
cik piah feeya
SEJAK hamil anak sulung dan kedua, Cik Piah rajin mengamalkan minyak kelapa dara setiap pagi dan malam.

“Amalkan minyak kelapa dara satu sudu pagi dan satu sudu malam kerana ia membantu mencantikkan kulit bayi dan mengelakkan risiko jahitan selepas proses melahirkan.

“Saya minum minyak kelapa dara ketika mengandungkan anak sulung dan anak kedua. Alhamdullilah…tiada jahitan (selepas bersalin),” katanya.

Iklan

cik piah feeyaTerdahulu, menerusi Instagram peribadinya @feeyaiskandar sebelum ini, beliau pernah mendedahkan tidak mengalami sebarang alahan ataupun mengidam sepanjang mengandung cahaya mata ketiga.

cik piah feeya
RAGAM hamil cahaya mata yang ketiga, Cik Piah mengakui gemar menghidu bau sabun.

Cuma Cik Piah dikatakan suka menghidu bau sabun baik sabun mandi mahupun sabun basuh pinggan mangkuk.