HUDA BEAUTY. Salah satu jenama kosmetik antarabangsa digilai para wanita di seantero dunia. Palet pembayang mata yang ditawarkan misalnya, bukan sahaja hadir dalam pelbagai warna menarik, bahkan teksturnya juga berkualiti.

Ini termasuklah, rangkaian krim asasnya yang bersesuaian dengan semua ton warna kulit wajah. Menarik bukan?

Pun begitu, siapa sangka disebalik gahnya mutu produk jenama tersebut rupa-rupanya Pengasas Huda Beauty, Huda Kattan tidak bergantung 100 peratus pada penggunaan item solekan.

Bagi wanita kacukan Iraq-Amerika itu untuk memiliki kulit wajah yang cantik, sihat dan menawan ia perlu disusuli dengan komitmen sampingan.

huda beauty
BIARPUN mengusahakan jenama kosmetik terkenal Huda tidak bergantung sepenuhnya pada alat solek sebaliknya, mengamalkan rutin secara natural dan sihat.

Bahkan, pemilik empayar bernilai bilion dolar Amerika tersebut juga percaya mengamalkan rutin kecantikan wajah secara natural memberikan 1,001 manfaat.

Artikel berkaitan(VIDEO) Sherry Alhahad Kongsi Tip Kecut Jerawat

 huda beautyJusteru, bagi mengetahui lebih lanjut amalan kecantikan wajah pilihan Huda segmen Sihat Cantik hari ini berkongsi tiga tip utama. Antaranya ialah:

Bangun awal pagi

minum air
“Setiap hari, saya berusaha bangun seawal 6.30 pagi untuk mendapatkan mood yang positif. Sebelum memulakan rutin lazimnya saya akan minum segelas air panas untuk detoks.

“Maklumlah, ketika tidur badan kita aktif bekerja melakukan bermacam-macam proses. Maka, meneguk segelas air panas dapat meredakan ‘kepenatan’ itu,” katanya dalam satu sesi interviu bersama media antarabangsa.

Percikan air

basuh tangan
Kemudian, Huda akan membersihkan wajah menggunakan air bersih sahaja bagi mengekalkan kelembapan. Rutin tersebut menjadi pilihan apabila menyedari pertambahan usia membuatkan kulit wajah beliau semakin hari semakin matang dan kering.

Semangkuk oat

Iklan

oat buah
Bicara jurusolek berusia 37 tahun itu: “Setiap pagi saya wajib menikmati 40 gram oat yang dicampur bersama santan dan sedikit kulit kayu manis serta buah beri.

“Saya juga merupakan pencinta buah-buahan memandangkan setiap jenis buah mempunyai khasiat dan zatnya tersendiri.”

Artikel berkaitanKunyit, Daun Semambu Antara Rahsia Cantik Selebriti Bollywood

Sumber: marieclaire.com dan internet

Iklan