PELAKON tampan, Keith Foo mendedahkan selama tiga tahun beliau berdepan dengan masalah kulit wajah.

Biarpun pada pengamatan mata kasar masalah tersebut tidak kelihatan secara jelas, tetapi sedikit sebanyak ia menyebabkan empunya diri berasa tidak selesa.

keith foo

“Selain kulit kering dan kehadiran garis-garis halus, saya turut mengalami masalah ekzema yang teruk.

“Bahagian zon-T khususnya sekitar bawah mata menjadi kemerah-merahan dan kering.

“Bermacam-macam cara saya lakukan untuk mengatasi masalah terbabit, namun efeknya tidak kekal lama,” katanya ketika ditemui SinarPlus pada Majlis Pelancaran Produk Crystal C White di Kuala Lumpur hari ini.

keith foo
KEITH (dua dari kanan) bersama Zack (dua dari kiri) dan Reena (tengah) pada Majlis Pelancaran Produk Crystal C White di Kuala Lumpur hari ini.

Hadir sama ialah Pengasasnya, Datuk Zack Aziry dan Datin Reena Zach serta Wajah Crystal C White, Natasha Hudson.

natasha hudson
NATASHA menyifatkan vitamic C bukan sahaja baik untuk kulit wajah, malah membantu meningkatkan imuninasi badan.

Tambah Keith merangkap Duta Crystal C White sampai satu tahap untuk mengurangkan ekzema yang dialami beliau sanggup menyapu losen bayi milik anak perempuannya, Skylar Raymond Foo berusia empat tahun.

Iklan

“Kadangkala hampir putus asa, maklumlah sebagai pelakon saya perlu menjaga penampilan diri dan kondisi kulit wajah.

“Bersyukur apabila dipertemukan dengan Crystal C White iaitu produk kecantikan kaya dengan ekstrak sayuran dan ekstrak biji anggur.

“Ia termasuklah mengandungi vitamin C yang berasaskan buah strawberi,” ujar jejaka berusia 38 tahun tersebut.

Secara ringkas, buah strawberi mempunyai khasiat yang baik untuk kecantikan.

Iklan

Antaranya membantu mengatasi antipenuaan, melindungi kulit daripada sinaran matahari dan menguatkan rambut.

strawberi