DALAM usaha menurunkan berat badan untuk kekal fit dan sihat individu bukan sahaja memerlukan keazaman dan ketabahan, malah ia juga perlu disusuli ilmu.

Disebabkan itu, bagi memastikan proses tersebut berjalan lancar tanpa mendatangkan kemudaratan kemudian hari, maka jangan segan untuk bertanya kepada mereka yang pakar.

Apa lagi, berkaitan pemakanan dan rutin senaman.

Justeru, kepada korang yang sedang berusaha mencapai berat badan ideal segmen Sihat Cantik hari ini kongsikan tiga tip daripada jurulatih kecergasan bertauliah merangkap pakar pemakanan, Kevin Zahri.

Tip berkenaan merupakan jawapan bagi setiap soalan yang diajukan oleh para pengikut menerusi laman sosial beliau @kevinzahri.

Antaranya ialah:

Soalan satu: Apakah jenis buah-buahan yang sesuai dimakan pada lewat malam (supper). Setiap hari saya menikmati buah mangga, tetapi terbaca ia tinggi kandungan gula.

diet

Kevin Zahri: Soalan yang baik. Bagi supper buah-buahan atau gula ringkas adalah kurang sesuai kerana ia membekalkan tenaga cepat.

Lebih sesuai gula kompleks yang hadam lebih perlahan seperti oat, bijirin atau roti perang. Melainkan pada malam itu kami mempunyai aktiviti luar.

Beliau turut menambah gula tidak jahat, malah sumber tenaga hebat tetapi perlu kenal jenis gula dan sumber kandungan ikut keperluan sama.

Soalan dua: Saya menjaga makan dengan kuantiti sedikit, tidak mengambil minuman manis dan bersenam hampir setiap hari. Namun begitu, sudah tiga minggu berat badan masih sama. Bagaimana ya?

Iklan

joging lari

Kevin Zahri: Berikan masa kerana tiga minggu masih awal. Sepanjang tempoh itu, bersenam mungkin berlakunya pertambahan otot. Diet barangkali kurangkan lemak. Macam-macam boleh berlaku.

Nasihat saya, teruskan dan cuba jangan fokus pada angka berat badan semata-mata. Lebih baik meraikan kesihatan dan perjuangan diri. Ingat, rehat juga wajar dititiberatkan sepanjang proses berkenaan.

Soalan tiga: Jika joging sahaja, adakah boleh kuruskan badan?

senaman

Iklan

Kevin Zahri: Sekiranya berdiet apa jua senaman termasuk joging adalah membantu. Bagaimanapun, jika makan tidak dijaga (kuantiti berlebihan) sukar untuk ‘menentukan’ kawalan berat badan.

Lazimnya, diet adalah pertama. Misalnya, pemakanan dikawal 2,000 kcal sehari, namun senaman mungkin kawal 500 kcal sehari sahaja.

Sekali lagi ingat ya, kiraan untuk kurus nisbahnya 80 peratus makanan manakala 20 peratus lagi bersenam.

Selamat mencuba!

Sumber: @kevinzahri dan Canva