CUBA korang buka gerobok peribadi. Pasti ada koleksi busana baik baju kurung, blaus mahupun skirt konsep polos bukan? Jika sudah berasa bosan, jangan dibuang kerana kita boleh mengubah pakaian tersebut tampak ‘baharu’.

Caranya mudah sahaja dengan menampal kain renda (lace) pilihan mengikut kesesuaian warna baju atau skirt berkenaan.

Bertambah menarik apabila lakukan proses tampalan itu secara DIY, tanpa perlu menghantarnya ke kedai jahit. Bagaimana?

Pereka fesyen tempatan Rico Rinaldi berkongsi teknik mudah, cepat dan kemas untuk memotong dan menampal lace.

rico rinaldi
BIARPUN koleksi fesyen Rico Rinaldi banyak menggunakan konsep perincian lace minimalis, tetapi ia berjaya menyuntik gaya anggun golongan wanita.

Menerusi dua video yang dimuatnaik dalam laman sosial peribadinya, @thericorinaldi, beliau memaparkan cara-cara menampal pada sehelai gaun pengantin nuansa putih.

Artikel berkaitan: Rico Rinaldi bantu taja khemah khas untuk pesakit, staf Covid-19 Hospital Putrajaya

Pun begitu, teknik yang dipelajari ketika kunjungan beliau ke negara China juga boleh dipraktikkan pada pakaian kegemaran masing-masing.

Iklan

Jom ikuti perkongsian Rico Rinaldi dalam segmen Sihat Cantik hari ini.

1- Pilih jenis lace terlebih dahulu.
2- Kemudian, potong keliling bunga atau corak yang terdapat atas kain renda menggunakan pematri dengan teliti.
3- Elak menggunakan gunting bersaiz besar bagi mengelakkan hasil potongan menjadi kurang kemas.

Iklan

rico rinaldi
4. Selepas memotong lace, tarik bunga atau corak perlahan-lahan.
5. Lalu tampalkan ia pada pakaian pilihan.
6. Bagi memastikan lace bebas daripada kesan hitam pematri, maka tebuk alat tersebut atas kepingan kotak setiap kali digunakan.

“Video ini sesuai untuk pelajar rekaan fesyen, pemilik butik, pereka fesyen baik baharu mahupun lama ataupun sesiapa sahaja yang mungkin tak pernah tahu teknik ini.

“Semoga ia bermanfaat untuk anda semua dan ilmu ini mengalir berterusan,” tulis Rico Rinaldi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WORK FOR @RICORINALDI (@thericorinaldi) on