JIKA diamati rata-rata wanita pasti menguntumkan senyuman manis tatkala dipuji tampak langsing. 

Lebih mengujakan apabila langsing itu bukan kerana fizikal sebenar tetapi dibantu pemilihan busana yang menyuntik siluet kurus.

Menurut perunding imej, Syaheerah Hanis, teknik pemilihan desain baju memainkan peranan bagi mendapatkan ilusi kurus. 

sherry alhadad
PERUNDING imej, Syaheerah Hanis menyifatkan Sherry Alhadad antara selebriti plus size yang bijak memilih busana menyuntik ilusi kurus.

“Justeru, para wanita harus memahami bentuk badan terlebih dahulu.

“Pada masa sama, mengenal pasti bahagian badan yang enggan ditonjolkan dalam bahasa mudah ‘ingin disembuyikan’,” tulisnya dalam satu perkongsian menerusi laman sosial Facebook @Syeera Hanis.

Bicara beliau, Sherry Alhadad misalnya, antara selebriti berbadan gempal yang bijak memilih rekaan, warna dan corak busana agar penampilan kelihatan kurus.

Oleh demikian, bagi membantu golongan wanita mencipta ilusi kurus menerusi pakaian bersama segmen Sihat Cantik beliau berkongsi mudah dipraktikkan.

Antaranya ialah:

1. Pemilihan warna senada membantu memberikan ilusi kurus. 

2. Pilih tekstur atau fabrik bersifat berat yang membuatkan desain  berpaksi ke bawah. 

fesyen
PEMILIHAN fabrik yang betul juga membantu memberikan siluet langsing.

3. Penggunaan tali dan corak berunsur geometri (bersudut) membantu menyeimbangkan ketinggian dan bentuk badan. 

Iklan

4. Penggunaan aksesori bersudut dan berjuntai ringkas juga melengkapkan gaya ilusi kurus.

5. Teknik pose ketika bergambar salah satu tip menampakkan penampilan kelihatan lebih tinggi dan seimbang. 

Iklan
fesyen
WANITA bertubuh gempal tidak digalakkan memakai pakaian berbunga dan cetakan saiz besar.

“Kesimpulannya, individu berbadan gempal, elak memakai pakaian bercorak dan bintik polka bersaiz besar dan tiada sudut.  

“Selain itu, tidak digalakkan menyarungkan pakaian berasaskan material keras dan sukar dibentuk kerana badan akan tampak lebih besar,” terangnya.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.

Artikel berkaitan: Wanita plus size pun boleh bergaya baju bercorak, tiru fesyen Sherry Alhadad

Foto: Instagram @sherry_alhadad