NAMA Mimifly sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan peminat seni tanah air khususnya pencinta genre hip hop dan pop.

Penyanyi kelahiran Petaling Jaya, Selangor tersebut bukan sahaja berjaya memukau penonton dengan aksi tarian lincah dan bertenaga, malah bentuk fizikalnya yang langsing turut menyuntik inspirasi buat para wanita.

Bahkan, jika singgah ke laman sosial Instagram @mimiflyyy pemilik nama sebenar, Shamimi Amalina Norhisham sentiasa berkongsi rutin senaman dan aktiviti gaya hidup sihat.

mimiflySelain itu, selebriti berusia 34 tahun itu juga aktif berkongsi menu makanan yang mudah disediakan dan seimbang. Buktinya, baru-baru ini beliau memuat naik sebuah video resipi sihat itik panggang.

“Korang suka makan itik tak? Mimi tak pernah gemar itik sampailah berjumpa itik salai sejuk beku.

“Ini kali kedua Mimi masak itik salai, tetapi kali ini masak untuk mama,” tulisnya dalam posting berkenaan.

Tambah beliau, itik antara makanan sesuai dinikmati pengamal diet keto kerana ia mempunyai kandungan lemak sihat yang tinggi.

“Terdapat kajian mengatakan sekiranya makan makanan yang tinggi lemak sihat, secara tidak langsung membantu membaiki kadar kolesterol dalam darah.

“Selain itu, membantu mengurangkan risiko menghidap penyakit diabetes jenis 2. Bestkan?,” katanya lanjut.

Apa itu diet keto?

diet keto

– Diet keto atau diet ketogenik merupakan satu peraturan pemakanan dengan penekanan makanan tinggi lemak dan rendah karbohidrat.

– Matlamat utama jenis pemakanan tersebut adalah untuk membolehkan tubuh membakar lemak dan bukan glukosa bagi tenaga memandangkan diet keto tinggi lemak dan protein.

– Amalan diet berkenaan sesuai untuk penghidap kencing manis kerana menu makanan tidak akan meningkatkan gula dalam darah.

Artikel berkaitanAnak Cef Fazley susut 6 kilogram gara-gara diet keto

– Ini termasuklah, baik untuk mereka yang mempunyai penyakit sawan, kanser, ketumbuhan, ekzema, autoimun memandangkan jadual pemakanan tiada melibatkan gula.

– Ketika mengamalkan diet keto individu hanya perlu mengambil makanan berkalori rendah dan mempelbanyakkan lemak bagus.

Iklan

diet– Jika ingin kunyah-kunyah, boleh makan kacang almond, gajus, walnut atau kacang sihat yang lain.

Sehubungan itu, kepada pengamal diet keto yang ingin menikmati menu berbeza mungkin resipi itik salai panggang cara Mimifly boleh dipertimbangkan.

Resipi itik salai panggang

mimifly
Bahan-bahan A:
– Kentang (dipotong tebal)
– Cendawan (dibelah dua)
– Lobak merah (dipotong tebal)
– Bawang besar (dihiris tebal)
– Garam (secubit)
– Lada hitam (secubit)
– Rosemary kering (secubit)
– Unsalted Butter (2 sudu makan)

Cara penyediaan:
– Letakkan semua bahan A di dalam mangkuk pembakar.
– Panggang di dalam oven pada suhu 200 darjah Celsius selama 30 minit.

Iklan

Bahan-bahan B:
– Itik salai sejuk beku

Cara penyediaan:

mimifly
BAGI melazatkan lagi hidangan taburkan daun ketumbar di atas itik salai panggang tersebut.

– Masukkan itik salai sejuk beku ke dalam kuali leper tidak melekat tanpa minyak.
– Kemudian, buka api perlahan dan panggang itik sehingga kulitnya garing. Proses berkenaan membuatkan lemak di bawah kulit itik cair menjadi minyak.
– Setelah garing, angkat itik salai itu dan letakkan di atas sayuran yang telah dipanggang sebentar tadi.
– Lalu, masukkan semula ke dalam oven pada suhu yang sama selama lapan minit.
– Siap dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: @mimiflyyy