MUNGKIN ramai di antara kita yang pertama kali mendengar mengenai teh pisang kan?

Sebenarnya, ada sesetengah wanita waima lelaki telah mengamalkannya untuk kecantikan.

Masih teragak-agak apakah khasiat dan manfaatnya terutamanya kepada kesihatan tubuh badan, seorang pengguna TikTok @dr.mamina, menerangkannya kepada kita semua.

Ujar beliau, minum teh pisang adalah rahsia antipenuaan yang diamalkannya selama ini.

“Apabila minum teh pisang, kulit bukan sahaja terlihat lebih muda, bahkan badan terasa aktif bertenaga,” tulisnya.

Difahamkan, pendekatan itu telah dipelajari olehnya daripada ibu beliau yang kini sudah berusia 73 tahun.

Daripada pengamatan SinarPlus, meskipun sudah bergelar warga emas, ibu @dr.mamina kelihatan sangat bertenaga dan memiliki kulit yang cantik.

Namun demikian, pasti ramai tertanya-tanya bagaimana kaedah ingin membuat teh pisang kan?

“Mudah sahaja, cara membuat teh pisang adalah dengan merebus pisang (semua sekali termasuk kulit) dalam air panas, kemudian keluarkan dan minum air rebusan tersebut.

“Selain itu, ia juga boleh dibuat tanpa kulit kerana dipercayai kandungan seratnya yang lebih tinggi. Namun, bergantung kepada pilihan masing-masing,” tambahnya.

@dr.mamina

Michiko has another one for you 🙏🏼 #tiktokdoc #dermatologist #fyp #learnontiktok #beautyhacks #fyp

♬ original sound – Mamina Turegano, MD

Dalam pada itu, beritahu wanita yang berasal dari Jepun itu, sebilangan besar orang yang minum teh pisang akan menambah sedikit kayu manis atau madu untuk meningkatkan rasa.

Minuman itu juga dikatakan elok dinikmati sebelum tidur.

MANFAAT BERGUNA

Teh pisang juga mengandungi banyak khasiat untuk tubuh. Berikut informasi yang dikongsikan oleh laman web healthline.com:

i) Meningkatkan kesihatan jantung.

  • Teh pisang kaya dengan mineral penting seperti magnesium dan kalium yang terbukti dapat membantu mengurangkan tekanan darah dan menurunkan risiko strok dan penyakit jantung.
  • Menurut kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Nutrition, sejenis antioksidan yang disebut catechin yang terdapat dalam teh pisang dapat menurunkan risiko penyakit jantung.

ii) Meningkatkan kualiti tidur.

Iklan
  • Pisang adalah sumber magnesium dan kalium yang sangat baik dan terbukti dapat meningkatkan kualiti tidur kerana sifat relaksasinya pada otot.
  • Pisang juga mengandungi asid amino L-triptofan yang menghasilkan hormon serotonin dan melatonin yang merangsang tidur.

iii) Meningkatkan mood.

  • Pisang mengandungi dipamine dan asid amino yang disebut L-triptofan yang menghasilkan serotonin.
  • Kedua-duanya bertanggungjawab untuk berfungsi dengan baik otak dan diketahui dapat mengurangkan gejala kemurungan dan kegelisahan.

iv) Membantu menurunkan berat badan.

  • Teh pisang mempunyai kemampuan untuk membantu menurunkan berat badan kerana kandungan kalori yang rendah dalam pisang.
  • Sebagai tambahan dalam sebahagian daripada diet, pisang akan membuka selera makan, meningkatkan metabolisme dan membuat anda rasa kenyang untuk jangka masa yang lebih lama.

v) Mencegah kembung.

  • Teh pisang yang kaya dengan kalium dan mineral yang penting untuk mengatur tekanan darah, keseimbangan cairan dan pengecutan otot.
  • Ia mampu mencegah masalah kembung dengan mengatur kadar natrium dalam badan dan dapat mengurangkan kembung yang disebabkan oleh garam.

Oleh itu, sekiranya anda berhajat untuk mencuba teh baharu, teh pisang adalah jawapannya. Memang sedap dan senang dibuat tau! Selamat mencuba.

Iklan

Artikel berkaitan: Manfaat pisang dan air masak yang ramai tak tahu, pengamal perubatan tradisional kongsi rahsia

ANEKDOT

CARA penyediaan teh pisang (tanpa kulit):

1. Isi periuk dengan 2 hingga 3 cawan iaitu antara 500 hingga 750 mililiter air dan didihkan.
2. Kupas sebiji pisang dan potong kedua-dua hujungnya.
3. Masukkan pisang ke dalam air mendidih.
4. Kecilkan api dan biarkan ia mendidih selama 5 hingga 10 minit.
5. Kemudian, masukkan kayu manis atau madu (pilihan).
6. Angkat air didihan tadi lalu dibahagikan menjadi 2 hingga 3 cawan.

Sumber: healthline.com