PELUANG menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan haji atau umrah adalah impian setiap umat Islam di seluruh pelosok dunia.

Pun begitu, nasib setiap orang tidak sama, ada yang rezekinya cepat, tak kurang yang hanya mampu melihat dan sekadar mengirimkan doa kepada saudara mara mahupun rakan-rakan agar suatu hari nanti hadirnya peluang untuk diri sendiri ke sana.

Tatkala melihat gambar dan mendengar cerita membuatkan hati penulis turut membuak-buak ingin merasai pengalaman berada di Tanah Suci.

Baca ni: ‘Tiada aurat dibuka dan tak perlu gedik.’ Gadis graduan kejuruteraan tak kisah jual acar ikan masin kini raih populariti di TikTok

Gambar sekadar hiasan

Apatahlah kalau melayari media sosial, ia dipenuhi dengan lambakan perkongsian gambar dan video jemaah haji yang berangkat pulang ke negara masing-masing usai tamat menunaikan Rukun Islam kelima.

Baru-baru ini, menerusi satu perkongsian TikTok @ravidhams yang merupakan seorang kru kabin penerbangan, beliau memuat naik satu video yang menarik perhatian ramai.

Dalam rakaman terbabit, sekumpulan jemaah haji wanita berada di dalam pesawat dan sedang dalam perjalanan pulang.

Kelihatan masing-masing cukup bergaya sakan dengan pilihan busana pelbagai warna, ditambah dengan pemakaian barang kemas termasuk segak berkaca mata hitam.

Penampilan mereka itu yang bersahaja dan unik ternyata mencuri tumpuan ramai.

Seperti kata warganet, mereka nampak santai betul, macam naik bas. Sempat lagi singgah borak di tempat orang lain!


PERTUNJUKAN FESYEN

Difahamkan, kesemua mereka merupakan jemaah haji keturanan Bugis dari Makassar Indonesia.

Meskipun sudah lanjut usia, namun gaya dan gelagat masing-masing seolah-olah sedang berada di pertunjukan fesyen.

Mereka tampak bersahaja dan tersenyum sehingga menampakkan gigi yang sudah rongak. Memang lucu dan membuatkan ramai terhibur.

Maka, tidak hairanlah terdapat warga maya yang sengaja mengusik mereka sedang menunaikan haji atau ingin ke New York Fashion week?

@ravidhams Jamaah Haji Bugis Makassar jii😂😂#fypシ #tiktokindo #fypviral #fyp #fypage #jamaahhajiindonesia2022 #jamaahindonesia🇮🇩 #jamaahhaji2022 #makassar #makassarinfo ♬ Tang Tang Tang Viral TikTok ( KEJU JOGET ) – Dj Choko


Video berdurasi 20 saat itu meraih lebih 210,000 ribu tanda suka di TikTok.
Pesan SinarPlus, jangan terlalu skeptikal melihat cara mereka dan tidak perlu kecam ya!

Sebenarnya, mereka berhibur dengan cara mereka sendiri dan pada masa sama, tetap tidak melupakan akhirat.

Mudah kata, dalam hidup ini perlukan keseimbangan dan perlu ada ilmu.

Satu lagi, kita tidak tahu hubungan mereka dengan ALLAH.

Baca ni : Dulu biasa tidur hotel 5 bintang, kini jadi orang biasa demi dakwah. Kisah Ustaz Nazrey jadi inspirasi!

Namun, paling penting sekarang, semoga kita sama-sama diberi keizinan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci suatu hari nanti. Amin.

Ingat, kita semua sedang diuji. Semoga kita kekal istiqamah.

Sumber: TikTok @ravidhams

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan