JENAMA SAFI memang sudah sinonim dengan wanita Muslim di Malaysia sejak berdekad-dekad lalu.

Memahami permasalahan kaum Hawa, terbaharu, jenama tersohor itu melalui Institut Penyelidikan SAFI menghasilkan inovasi Hydra Glow.

Menurut Pengurus Produk Penjagaan Kulit Safi, Kazlina Kassim, Hydra Glow merupakan rangkaian penjagaan kulit semula jadi yang diperbuat dengan teknologi Hydra Active.

Ujar Kazlina, teknologi itu terdiri daripada tiga ramuan penghidratan ultra utama iaitu Ekstrak Fermentasi Beras, vitamin B dan asid hialuronik yang berfungsi mengunci kelembapan kulit dengan efektif dan memperbaiki keanjalan kulit.

“Kita lihat, kebanyakan formulasi produk penjagaan kulit hari ini meninggalkan kesan yang berminyak dan melekit dan inilah sesuatu yang ingin kami atasi dengan rangkaian berasaskan air SAFI Hydra Glow,“ katanya sambil menambah, selain mengejar trend K-beauty pada masa kini, penggunaan teknologi canggih masih menjadi pendekatan utama SAFI.

Terdapat lima produk yang ditawarkan iaitu Pembersih Muka SAFI Hydra Glow, Penyegar SAFI Hydra Glow, Serum Penghidratan SAFI Hydra Glow, Pelembap Penghidratan SAFI Hydra Glow dan Mist Penghidratan SAFI Hydra Glow.

Iklan

“Kesemua produk SAFI Hydra Glow menyihatkan kulit secara mendalam dengan membantu mengekalkan tahap kelembapan yang optimum, menguatkan lapisan kulit, meningkatkan kemulusan kulit dan menjadikannya cerah dan berseri dari dalam. Ia sesuai untuk semua jenis kulit,“ katanya.

Iklan

Kazlina menambah, produk SAFI setanding dengan produk penjagaan kulit Korea yang terkenal dan ia digemari oleh Pakar Kecantikan Korea, YOUIS.

SAFI Hydra Glow boleh didapati Guardian dan Mydin Malaysia. Untuk maklumat, layari www.safi.com.my atau melalui Facebook atau Instagram.