SEJAK pandemik Covid-19 melanda, amalan mandi lebih kerap berbanding dulu semakin dipraktikkan.

Justeru, amat penting bagi kita untuk memilih produk yang sesuai dan lembut agar sentiasa kekal segar dan dilindungi.

Bagi memenuhi keperluan tersebut, jenama terkemuka Safi baru-baru ini memperkenalkan Krim Mandian Antibakteria dengan formula baharu.

Pengurus Kanan Produk Safi, Kazlina Mohd Kassim berkata, produk terkini itu mengandungi 3x Aqua Actives, bebas daripada 10 bahan kimia berbahaya yang tidak diingini dan amat berkesan untuk membasmi 99.9 peratus kuman.

Iklan

Dengan 100 peratus rumusan bahan aktif semula jadi yogurt dan susu beras, pengguna kini boleh memilih antara Krim Mandian Antibakteria Moisture Protect Safi dengan yogurt atau Krim Mandian Antibakteria Gentle Protect Safi dengan beras susu.

BACA JUGA Safi perkenal produk atasi bau badan, tubuh melekit. Inovasi penjagaan rambut 'supa' memang kena cuba

Iklan

“Kami yakin dengan kehadiran rangkaian terkini daripada Safi, pengguna akan lebih yakin dengan formula krim mandian yang telah disempurnakan untuk gaya hidup masa kini,“ katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.