BERIKUTAN penularan wabak Corona (Covid-19) di seluruh dunia dan semakin serius melanda negara, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengambil langkah untuk menangguhkan penganjuran Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31).

FFM31 yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga18 April itu akan ditangguhkan pada satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kemudian.

Keputusan ini dibuat selaras dengan keputusan pihak kerajaan agar semua perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan ditangguhkan atau dibatalkan mengikut kesesuaian sehingga 30 April depan bagi mengawal penularan Covid-19 di negara ini.

Iklan
Iklan

Finas dalam satu kenyataannya kepada pihak media menegaskan pihak penganjur  mengambil cakna berhubung penularan Covid-19 dan segala program serta persiapan berkaitan FFM31 yang melibatkan orang ramai akan ditangguhkan buat sementara waktu.