ASTRO Shaw membawakan sebuah filem bertemakan kekeluargaan dari Indonesia berjudul Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) di saluran Astro First secara eksklusif bermula Khamis.

NKCTHI menjadi fenomena di Indonesia apabila meraih jumlah tontonan sebanyak 2.2 juta penonton sekali gus menjadi filem genre drama keluargaan nombor satu terlaris di Indonesia.

Pada awalnya filem tersebut dijadualkan untuk ditayangkan di pawagam Malaysia, namun disebabkan pandemik Koronavirus (Covid-19) yang kini menjadi krisis dunia, ia beralih ke Astro First (saluran 480).

Filem ini mengisahkan tentang tentang setiap ahli keluarga yang mempunyai karenah masing-masing. Karekter yang penuh warna, emosi yang pelbagai dan juga impian yang berbeza-beza. Ini dapat dilihat melalui filem yang melihat kehidupan keluarga Narendra bersama 3 orang anak Angkasa, Aurora dan Awan.

Iklan

Menariknya filem ini diadaptasi daripada buku penjualan terbaik tahun 2018 di Indonesia dengan judul yang sama, Nanti Kita Cerita Tentang Hari.

Iklan

Pihak penerbit menyokong pihak kerajaan untuk menyeru rakyat Malaysia untuk terus duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sambil menonton filem yang berkualiti bersama keluarga.