Gigi Hadid hamil, peminat minta gambar 'baby bump'

zayn dan gigi
April 30, 2020
Oleh Aqmar Mustaza

MODEL terkenal, Gigi Hadid dilaporkan hamil anak kepada penyanyi, Zayn Malik setelah mereka kembali menjalinkan hubungan.

Bagaimanapun sehingga kini, pasangan itu memilih untuk merahsiakan berita gembira itu daripada peminat.

Menurut sumber dekat pasangan tersebut, Gigi dan Zayn sangat teruja menanti kelahiran bayi pertama mereka dan kedua belah keluarga juga gembira dengan penyatuan semula pasangan itu.

"Sejak mereka kembali bercinta tahun lalu, pasangan ini kelihatan sangat bahagia bersama.

"Bukan sekadar Zayn dan Gigi yang gembira, kedua belah pihak keluarga mereka juga sangat gembira dengan perkara itu," jelasnya.

Iklan

Di akaun Instagram Gigi, wanita berusia 25 tahun itu dilihat memberi hint mengenai kehamilannya apabila menyediakan menu berasingan tanpa arak buat dirinya.

Iklan

Malah pengikut Instagram Gigi juga mula membanjiri ruangan komen dengan bertanya kesahihan mengenai kehamilannya.

Tidak kurang juga yang meminta Gigi berkongsi gambar baby bumpnya.

Terdahulu, pasangan ini mula menjalin hubungan sekitar tahun 2015 dan berpisah seketika pada tahun 2018.

Bagaimanapun mereka kembali selepas Gigi berkongsi foto sambutan hari lahirnya bersama Zayn baru-baru ini.