PENYANYI terkenal, Datuk Hattan memuji usaha Hazama yang memulakan perniagaan makanan, Kam Asam Laksa Penang ketika bulan Ramadan.

Lebih menarik, apabila Hazama turut menghantar sendiri juadah berkenaan dan turut mendaftar sebagai penghantar makanan, Grab Food.

“Terbaik adikku, Hazama… Teruskan perjuangan… Lepas ni buka kedai sendiri ya.

“Sesiapa nak order Kam Asam Laksa Penang, tanpa MSG, boleh order dari Hazama atau isterinya, Genervie Kam,” tulisnya.

Iklan

Bagaimanapun apa yang menarik perhatian ramai adalah motor yang digunakan Hazama untuk membuat penghantaran makanan adalah jenama Triumph yang dianggarkan lebih RM50, 000.

Hazama hanya ketawa apabila Datuk Hattan mengusik motornya itu.

Iklan

Semangat penyanyi ini harus dipuji kerana beliau sendiri yang membuat penghantaran makanan dan tiada apa yang perlu dimalukan. #PastiAdaSinar