BUAT semua kaki hiking, korang mesti tak kisah kan ‘basah’ demi sampai ke puncak?

Tak kiralah puncak bukit atau gunung, ia menjadi satu kepuasan yang sangat ternilai.

Namun begitu, jangan ambil mudah aspek keselamatan ketika korang mendaki lagi-lagi ketika hujan.

Bukan apa, kadangkala perancangan rapi sebelum mendaki sudah dibuat, perjalanan sudah menjangkau separuh pendakian tiba-tiba… hujan turun membasahi bumi.

Meskipun bermacam-macam cabaran, buat kaki hiking ia ibarat ‘candu’ tidak kira musim panas atau hujan.

Betul tak?

Tapi… mendaki ketika hujan bukan hanya masalah basah dan kotor dengan lumpur semata-mata, dari segi keselamatan, pendakian pada musim hujan juga mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Menurut As Hassan di Facebooknya, ini beberapa tip persiapan untuk hiking di musim hujan:

1. Sediakan raincover untuk beg. Ini membantu korang untuk elak barang yang dibawa basah.

2. Drybag atau daysack kecil yang ringan untuk barangan berharga seperti telefon, kunci kenderaan dan kamera.

3. Beg plastik ziplock dan plastik sampah.

4. Sarung tangan atau pemanas tangan.

5. Tuala kecil pelbagai guna atau bandana daripada bahan sintetik.

6. Baju yang bukan diperbuat daripada kain kapas.

“Kain kapas akan memegang air lebih lama berbanding sintetik. Jadi baju ambil masa lebih lama untuk kering,” tulisnya.

7. Jaket daripada bahan insulasi atau penebat sintetik.

Iklan

8. Baju hujan.

“Bagus jika warna terang seperti merah dan kuning. Penglihatan terhad semasa musim hujan. Warna terang senang dilihat oleh kawan-kawan lain juga,”.

9. Topi kalis air untuk mereka yang bercermin mata.

10. Stoking kering yang diisi dalam bekas kalis air.

Jadi, sebelum korang ‘gerak’ ke destinasi hiking, jangan tertinggal 10 ‘aksesori’ penting ni tau…

Iklan
GAMBAR HIASAN

“Tip tambahan untuk membeli pakaian atau jaket kalis air, jika korang tiada pengetahuan asas tentang spesifikasi pakaian, paling senang korang tekap sedikit kain ke mulut dan hembus.

“Jika tiada angin keluar di bahagian bertentangan, pakaian itu adalah kalis air. Hembus sedikit sahaja, jangan hembus sampai keluar air liur pula yaa…”.

Sumber: Facebook As Hassan