PROGRAM kegemaran ramai, I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVM3) musim ketiga kembali bersiaran untuk bahagian kedua selepas ditangguhkan seketika disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan pandemik Covid-19.

Sesi rakaman episod-episod baharu ICSYVM3 bahagian kedua ini melalui prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi memastikan keselamatan semua pihak yang terlibat.

Episod terbaru program kegemaran ramai yang dihoskan oleh Shuk Sahar dan Sean LJE itu akan disiarkan bermula pada 21 Jun (Ahad)  ini, jam 9.00 malam di TV3 dan strim live dalam definisi tinggi  di www.tonton.com.my.

Setiap episod, enam penyanyi misteri akan diperkenalkan dan artis jemputan perlu menyingkirkan penyanyi misteri yang telah dikenal pasti sebagai penyamar bersuara sumbang di setiap pusingan dengan bantuan panel penyiasat.

Selain penyiasat tetap ICSYVM3 yang terdiri daripada Yusry Abdul Halim, Jihan Muse dan Mark Adam,  episod-episod baharu itu turut diserikan dengan beberapa   penyiasat jemputan yang akan menganalisis siapakah penyamar bersuara sumbang dalam kalangan penyanyi sebenar.

Episod pertama bahagian kedua itu akan menampilkan Naim Daniel sebagai artis jemputan, manakala kerusi panel penyiasat jemputan pula akan diisi oleh Fara Fauzana dan Ungku Hariz.

Iklan

Penyanyi lain yang bakal tampil dalam episod akan datang ialah Zizi Kirana, Neeta iamNeeta, Ara Johari, Ronnie Hussein, Amy Mastura, Marsha Milan, Akim Ahmad, Noraniza Idris dan Datuk Nash.

Sementara selebriti jemputan pula terdiri daripada Ungku Ismail, Siti Saleha, Fizo Omar, Balkisyh Khan, Fad Bocey, Naqiu, Eirma Fatima, Ayie Floor 88, Maya Karin, Amyza Aznan, Adam Lee, Sweet Qismina, Azhan Rani, Ariff Bahran, Atu Zero, Lisa Surihani, Siti Sarah dan Shuib.

Iklan

 

(FOTO: TV3)