KREATIF dan bijak mendekorasi kediaman sendiri rupanya pasangan selebriti Shaheizy Sam dan isterinya, Syatilla Melvin.

Ia terbukti menerusi perkongsian pasangan tersebut yang memuat naik satu video memaparkan suasana di dalam rumah mereka baru-baru ini.

Menerusi paparan video pendek itu, mereka memperkenalkan ruang bilik yang dipanggil movie room.

Menariknya, sentuhan idea dan ilham datang daripada buah fikiran Shaheizy dan Syatilla sendiri tanpa khidmat pereka dalaman.

Baca ni ‘Elegan gaya Victoria.’ Wanita ini kongsi deko rumah ala farm house. Luas, kemas dan selesa!

“Inilah masalahnya apabila kami berdua bosan. Itulah datang idea yang ‘bukan-bukan’.

“Untuk ruang movie room ini, memang 100 peratus idea sendiri. Mahu upah pereka dalaman tidak mampu. Gigih Sam pasang kayu satu persatu dengan bantuan orang kuatnya, Ahmad Faiz Omar.

“Selepas siap, masalah lain pula timbul. Susah mahu bangun pagi sebab selesa yang ‘bukan-bukan’,” seloroh Syatilla sambil berterima kasih atas hasil usaha dan kreativiti suaminya itu.

Syatilla turut berkongsi video sebelum dan selepas hasil dekorasi menerusi laman Instagram miliknya. Sesiapa yang lihat pasti terpukaulah. Standard hotel!

Iklan

Sebelum ini, Shaheizy atau mesra disapa Sam, pernah membina landskap berupa taman mini di kediaman mereka bagi mengisi masa lapang ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan akibat wabak Covid-19.

Beliau memilih untuk mengisi masa lapang dengan membina sendiri taman mini tersebut bagi menghilangkan rasa jemu duduk di rumah ketika itu.

Iklan

Memang kreatif betul Sam ini. Sudahlah pandai berlakon, dekor rumah pun pun boleh. Untung Syatilla dapat suami serba boleh kan?

Sumber: samtilla

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan