DAPUR adalah ruang kegemaran yang menjadi tempat ibu-ibu atau kaum wanita berkarya, mencipta pelbagai menu buat sajian seisi keluarga.

Kebiasaannya, selesai memasak pasti kalian akan mengemas dan mencuci pinggan mangkuk.

Itu juga salah satu tip atau rahsia untuk memastikan ruang ini sentiasa bersih dan kemas walaupun setiap hari memasak.

Baca ni: Hilangkan bau lipas di dapur, almari

dekorasi rumah
Gambar sekadar hiasan

Kali ini SinarPlus ingin berkongsi petua mencuci kain lap dapur yang kotor tanpa perlu sental, tetapi hasilnya memang bersih dan wangi.

Tip mudah itu disyorkan oleh wanita yang dikenali sebagai Ellie menerusi Instagramnya, kekcawan.com.my

Apa yang SinarPlus boleh katakan, cara Ellie nampaknya cukup mudah dan tidak memerlukan modal yang mahal.

Pada masa sama, kaedah yang digunakan itu juga tidak memerlukan anda merendam terlalu lama seperti yang dilakukan sebelum ini bagi mengeluarkan segala kotoran yang melekat.

Ya lah, kebiasaannya apabila kain sudah kotor, kita akan memasukkannya ke dalam baldi, letak sabun dan air.

Kemudian, biarkan ia rendam semalaman atau mungkin sampai bermalam-malam tidak dicuci sehingga mengeluarkan berbau dan sampai berlendir.

REBUS KAIN

Menurut Ellie, setiap petang, beliau akan memastikan kain lap dicuci selepas selesai digunakan.

Berikut cara wanita itu mencuci kain lap dapur:

Iklan

1) Isikan air dan sabun pencuci ke periuk khas.
2) Tambahkan sedikit soda, lalu kacau sehingga rata.
3) Kemudian, panaskan api dan masukkan kain lap tadi.
4) Rebus lebih kurang 10 minit.


5) Setelah itu, tuang air dan bilas kain berkenaan dengan air paip.
6) Berus ‘manja-manja’ kain berkenaan.
7) Bilas dan perah sebelum sidai. Hasilnya, kain lap dapur anda lebih bersih dan wangi.

Sambil merebus kain itu, anda boleh juga melakukan kerja-kerja lain seperti mencuci singki atau mengemas ruang dapur.

Cukup mudah dan hasilnya bukan sahaja kain lap anda bersih, ruang dapur juga tersusun kemas. Hati pun tenang. Selamat mencuba!

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan