SETELAH kerajaan mengumumkan Pulau Langkawi, Kedah dibuka semula kepada pengunjung bermula 16 September, begitu juga dengan pulau bebas cukai di Perak.

Pusat peranginan terkenal Pulau Pangkor dijangka dibuka selewat-lewatnya 1 November ini kepada pelancong.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, bagaimanapun, keputusan akhir tertakluk kepada ‘lampu hijau’ daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN),

Katanya, daripada segi mereka yang mendaftar (vaksinasi), hanya 87 daripada 8,026 penduduk (yang perlu divaksin), termasuk pengusaha pelancongan, yang belum divaksin, kerana masalah kesihatan atau mungkin menjalani kuarantin (Covid-19).

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Menurutnya, maklumat terkini yang diterima, difahamkan mereka masih lagi belum memenuhi syarat peratusan vaksinasi yang diperlukan.

Ujarnya lanjut, kerajaan negeri sasarkan pembukaan semula Pulau Pangkor pada 1 November.

Sementara itu, ini 15 tempat menarik di Pulau Pangkor yang boleh korang ‘serbu’ nanti;

1. Marina Island

Marina Island atau Pulau Marina adalah pulau buatan manusia yang pertama di Malaysia. Terletak bertentangan dengan Pulau Pangkor, pulau yang berkeluasan hampir 320 ekar ini menempatkan pelbagai fasiliti dan tarikan yang menjadikan ia sebagai sebuah destinasi percutian menarik untuk dilawati bersama keluarga

2. Lumut Waterfront

Untuk aktiviti yang santai bersama keluarga, korang boleh melawat Lumut Waterfront. Dari sini, boleh menikmati pemandangan yang mendamaikan jiwa ketika mana bot-bot nelayan yang berwarna-warni menyelusuri perairan yang tenang.

3. Kota Belanda

Pulau Pangkor juga terdapat sebuah lokasi bersejarah peninggalan Belanda. Pihak Belanda yang datang ke sini telah membina gedung atau kubu yang bertujuan untuk menyimpan bijih timah pada tahun 1670.

4. Batu Bersurat

Batu bersurat ini terletak hanya dalam 100 meter sahaja daripada Kota Belanda. Apa yang ditunjukkan pada batu bersurat ini adalah gambar seorang kanak-kanak dibaham oleh seekor harimau, agak menyeramkan juga satu lukisan sebegini diabadikan pada sekeping batu kan?

5. Tortoise Hill

Untuk korang yang sukakan sedikit cabaran, apa kata kalau berjungle trekking di bukit ini? Memang seronok juga kalau berkelah atau bersantai di bawah pokok-pokok yang rendang di puncak bukit ini sambil mengimbau kenangan lama.

Ini 15 tempat menarik di Pulau Pangkor, dijangka dibuka mulai 1 November

6. Pantai Teluk Nipah

Banyak aktiviti air yang ditawarkan di pantai ini, baru seronok anak-anak bila bercuti dapat buat aktiviti yang melibatkan main air ni, siapa tak suka.

7. Pulau Mentagor

Kaya dengan pembentukan terumbu karang, Pulau Mentagor adalah antara destinasi snorkeling yang menarik di Pangkor.

8. Pantai Puteri Dewi / Pantai Emas

Hanyalah beberapa kilometer dari Teluk Nipah adalah Pantai Puteri Dewi ataupun Pantai Emas. Kedudukannya hanyalah 2 km dari Jeti Teluk Dalam.

Iklan

9. Teluk Ketapang

Terletak di antara dua buah pantai iaitu Teluk Nipah dan Pasir Bogak, kawasan pantai yang indah Teluk Ketapang adalah sebuah tarikan di Pangkor yang mampu memberikan ketenangan yang diidamkan. Kawasan pantai ini dipisahkan daripada jalan raya dengan sebuah padang rumput yang luas.

10. Memberi Burung Enggang Makan di Sunset View Chalet

Untuk merasai pengalaman ini, korang boleh datang ke Sunset View Chalet untuk melihat kehadiran burung enggang pada setiap pukul 6 petang. Ada ketika, lebih daripada 20 ekor burung enggang akan datang untuk mendapatkan makanan di sini.

11. Kilang Hasil Laut Pak Su

Bagi yang beragama Islam, bab kebersihan dan kehalalan makanan memang tak boleh sesekali diambil ringan. Untuk memberikan ketenangan jiwa semasa membeli-belah hasil laut, korang boleh singgah ke Kilang Hasil Laut Pak Su, satu-satunya kilang hasil laut yang diusahakan oleh Muslim di pulau ini.

Baca juga Warga Maya Tanya Kenapa Kenderaan Darat Ke Langkawi Perlu Surat Polis, Mungkin Jawapannya

12. Pekan Pangkor

Iklan

Walaupun sebuah pulau, Pangkor tetap lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti bank dan kedai-kedai jualan untuk memudahkan ramai pelancong yang datang.

13. Galeri Panorama Pangkor

Galeri Panorama Pangkor adalah sebuah galeri mini yang akan membuka mata orang ramai tentang sejarah Pulau Pangkor seawal era Kerajaan Gangga Negara.

14. Pulau Sembilan

Pulau ini terdiri daripada 9 gugusan pulau yang tidak berpenghuni iaitu Pulau Agas, Pulau Nipis, Pulau Payong, Pulau Lalang, Pulau Rumbia, Pulau Saga, Pulau Buluh, White Rock dan Black Rock.

15. Pantai Pasir Bogak

Di sepanjang pantai ini tersedia meja-meja untuk korang hidangkan makanan dan dimakan bersama keluarga sambil melihat panorama indah Pantai Pasir Bogak ini. Banyak juga gerai-gerai makanan di sekelilingnya.