Ini barulah realiti, cuti-cuti Malaysia...

June 11, 2020
Oleh Farah Eliani

SELEPAS 'tempoh berkurung' dek angkara Covid-19 tamat, Tahun Melawat Malaysia 2020 kini dijangka akan menjadi satu realiti.

Angkara wabak itu yang masih 'berkeliaran di seluruh dunia, sedarkah korang, barangkali tahun mencabar ini lebih mendekatkan kita dengan tanah tumpah darah kita sendiri?

Dengan melancong dalam negara, terokailah kecantikan bumi Malaysia yang indah ini...

Bak kata pepatah 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’. Lebih baik di negeri sendiri.

Apapun, syukur, Malaysia kini dilindungi daripada wabak Covid-19 dan semoga ia berterusan.

AMBIL peluang yang diberikan semasa tempoh pemulihan ini dengan melancong ke destinasi-destinasi domestik yang tidak kurang hebatnya.

Kebenaran melancong dalam negeri adalah salah satu strategi untuk membantu ekonomi. Namun demikian, ia tidak bermakna telah selamat dan tiada risiko.

Sebelum korang bercuti, pastikan beberapa perkara ini dipenuhi terlebih dahulu bagi mengelak sebarang risiko yang mungkin akan berlaku.

1. Pastikan alatan kelengkapan dibawa bersama

Jangan lupa bawa topeng muka, hand sanitizer dan face shield (jika perlu). Ia adalah ‘perlindung’ utama ketika sedang melancong nanti tau!

Iklan

2. Pemilihan lokasi

Disarankan pilih lokasi pelancongan yang tidak padat dan terbuka. Lebih baik memilih lokasi yang jauh daripada orang ramai.

3. Arif dengan info terkini

Sebelum bercuti, pastikan korang sudah ‘study’ lokasi-lokasi yang masih berada dalam zon merah. Kalau boleh, elakkan kawasan tersebut.

Dalam masa yang sama, peka dengan cara penyebaran dan pencegahan Covid-19 selain golongan yang berisiko untuk dijangkiti.

Iklan

Bukan apa, ia adalah untuk memastikan apabila pulang bercuti nanti, semua ahli keluarga korang masih dalam keadaan sihat.

Tidak lupa juga, jangan lakukan aktiviti yang tidak dibenarkan oleh kerajaan.

4. Menjaga sikap

Pastikan juga sentiasa mematuhi jarak sosial yang telah ditetapkan dan bersabarlah jika memerlukan keperluan untuk beratur.

Paling penting, jangan bersalaman dan berbual rapat-rapat yaa…

Kini korang tidak perlu melancong secara maya lagi. Manfaatkan masa dan peluang dengan pelbagai tawaran menarik ini.

Selamat bercuti daripada kami, SinarPlus.

Sumber: melancong.my dan Public Health Malaysia