Isu lirik lagu Akhir Zaman, Sam Bunkface tampil buat penjelasan

SINGLE terbaharu kumpulan Bunkface, Akhir Zaman menarik perhatian umum apabila lirik lagu berkenaan yang didakwa  menyentuh tentang golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LBGT) mendapat kecaman warganet.

Lagu ciptaan Sam yang juga vokalis Bunkface itu mula tular dan dikatakan cuba mempromosikan kebencian terhadap golongan tersebut.

Sam bagaimanapun tampil membuat penjelasan dan menafikan dakwaan tersebut.

“Pertama sekali kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendengar dan strim lagu terbaharu kami, Akhir Zaman

Iklan
Iklan
.

“Kami menerima segala kritikan positif mahupun negatif yang  diberikan. Alhamdulillah, berdasarkan komen-komen yang kami terima, majoriti rakyat Malaysia memberi sokongan kepada mesej yang cuba kami sampaikan.

“Perkataan LGBT yang digunakan didalam lirik lagu ini bukanlah ditujukan kepada mana-mana individu, tetapi ianya ditujukan kepada pergerakan komuniti LGBT yang semakin meluas di seluruh dunia, terutamanya kepada mereka yang beragama Islam di negara kita ini,” ujarnya.

Tambah Sam, mesej lagu tersebut ditujukan kepada mereka yang beragama Islam sahaja. Tegasnya, mereka tidak berniat atau mahu membenci mana-mana individu, mahupun mempromosikan kebencian terhadap golongan tetentu.

“Sebaris ayat yang diadaptasi dari kitab suci Al-Quran, ‘Engkau agamamu, aku agamaku’ daripada Surah Al-Kafirun Ayat 6,  menjelaskan lagi bahawasanya mesej lagu ini ditujukan kepada mereka yang beragama Islam sahaja.

“Tambahan lagi, lirik lagu ini juga dihasilkan dalam Bahasa Malaysia kerana majoriti Muslim di Malaysia terdiri dari bangsa Melayu dan supaya ianya lebih jelas, nyata dan terang untuk mereka fahami.

“Kami tidak berniat atau mahu membenci mana-mana individu, mahupun mempromosikan kebencian terhadap mereka, sebaliknya lebih kepada pergerakan LGBT yang sedang cuba mempromosikan hak mereka secara terang-terangan di Malaysia serta ditujukan khusus kepada mereka yang beragama Islam terutamanya mereka yang berbangsa Melayu.

“Yang haram itu tetap haram dan definisi Islam itu sendiri bermaksud menyerah atau tunduk patuh kepada ajaran-NYA. Jadi, siapalah kita untuk mempersoalkan hukum hakam yang telah ditetapkan-NYA,” tegas Sam.

Muzik video rasmi lagu Akhir Zaman telah pun dilancarkan pada Jumaat lalu.

Share
Wawann Mohd

Biodata Penulis

Published by
Wawann Mohd

Recent Posts

Awas! Perkhidmatan BJAK tiada kelulusan JPJ, 10 info perlu tahu

PERNAH menggunakan perkhidmatan Tindakan BJAK Sdn Bhd (BJAK)? Tahukah anda bahawa perkhidmatan urus niaga pembaharuan…

8 hours ago

Bella Astilah bawa anak-anak melawat Zoo Negara, gelagat Ara & Ayden asyik panggil mummy bikin sebak.’ Momen paling indah…’

KESIBUKAN dengan urusan kerjaya tidak membataskan Bella Astilah untuk memberi tumpuan kepada anak-anaknya. Sementelah permata…

8 hours ago

Penyanyi era 70-an, Hail Amir meninggal dunia pada usia 76 tahun

PENYANYI dan pelakon popular era 1970-an, Datuk Abdul Hail Amir, 76, dilaporkan meninggal dunia pada…

9 hours ago

‘Awak nak teman, ‘instant family’ silakan… bukan bab anak’. Yasmin Hani pilih pasangan kewangan stabil bina keluarga

KEWANGAN stabil, menerima diri serta anak-anak merupakan kriteria utama pelakon dan pengacara, Yasmin Hani memilih…

10 hours ago

‘Dia my bestie, tak jemu beri semangat…’ Sambut anniversary ke-19, Aidid Marcello kongsi pengorbanan Norzie Pak Wan Chek

'DIA my bestie, tempat meluahkan macam-macam. Orang yang tidak pernah jemu beri semangat. Penasihat yang…

10 hours ago

Kenal tak sampai setahun terus dilamar, Afifah sifatkan Syed Hariz tak buang masa. ‘Terima kasih cipta kisah cinta yang indah’

SELAMAT pengantin baharu diucapkan buat pelakon Afifah Nasir yang kini bergelar suri hati kepada kepada…

14 hours ago