PELAKON Izara Aishah selamat melahirkan sulungnya yang juga merupakan seorang bayi perempuan seberat 2.9kg, pada Rabu.

Berita gembira tersebut dikongsi ibu mertua Izara iaitu Datin Sri Tengku Zawiyah menerusi Instagram Stories miliknya.

“Alhamdulillah tahniah kepada kami. Cucu kami telah selamat dilahirkan hari ini.

“May Allah SWT bless you (Izara) dan your precious little princess. I know you will be a great and lovable mother,” tulisnya.

Datuk Siti Nurhaliza turut berkongsi berita tersebut dengan meletakkan foto  sama di Instagram Stories miliknya. Siti mengucapkan kesyukuran atas kelahiran ahli baharu dalam keluarga mereka.

Iklan

“Alhamdulillah, makin bertambah ahli keluarga kita,” tulis Siti.

Iklan

Izara dan suami, Muhammad Adib Khalid yang juga anak tiri kepada Siti Nurhaliza, berkahwin pada 17 November 2017.