PENYANYI  terkenal, Datuk Jamal Abdillah bakal menimang cahaya mata kedua hasil perkongsian hidup dengan isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin yang kini hamil 10 minggu.

Menurut Jamal, 61, sebagaimana dipetik daripada sebuah media, dia membawa isteri berjumpa doktor untuk membuat pengesahan apabila isterinya mengalami alahan.

Bagaimanpun, tambahnya lagi, jantina anak masih belum dapat dipastikan buat ketika ini.

Iklan

Jamal yang mendirikan rumah tangga bersama Zai Izzati pada 1 April 2017 dikurniakan seorang cahaya mata perempuan,  Nur Azura Yamani yang kini berusia tujuh bulan.

Iklan

Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal dikurniakan dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.