TIDAK dinafikan, pelakon jelita popular, Janna Nick ni memang lasak orangnya. Terdahulu, Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner dilihat beralih minat dengan aktiviti berbasikal dan telahpun mencubanya.

Jadual kerja yang padat dan sibuk tidak melemahkan semangatnya untuk mencuba pelbagai aktiviti lasak dengan bersungguh-sungguh.

Terbaharu, pelakon drama berjudul Leftenan Zana sekali lagi ‘menggila’ apabila kini dia dilihat bermain motocross pula.

Janna Nick memuat naik mengenai aktiviti baru yang diceburinya itu melalui laman Instagram miliknya semalam.

Ramai kalangan peminat dan warganet meninggalkan pelbagai reaksi positif terhadap selebriti berusia 25 tahun itu.

Sebenarnya, sudah ramai selebriti lelaki yang telah mencabar diri untuk menyertai dunia sukan lasak ini dengan menunggang motocross seperti, Achey dan Black Hanifah.

Tidak disangka-sangka selebriti jelita ini pula berminat untuk menunggang motocross, pengalaman pertamanya berjaya mencuri tumpuan ramai.

Menerusi perkongsian video tersebut, dilihat juga Janna Nick terjatuh dari motosikal namun tetap bangun dan meneruskan pemanduan. Lasak sungguh gadis comel ni!

Iklan

Walau bagaimanapun menerusi video di YouTube, selain peminat bimbang dengan aktiviti yang dilakukan Janna, mereka turut memuji sikap kesungguhan selebriti itu yang cuba melakukan sesuatu itu sampai boleh.

Tidak sendiri, Janna Nick menerusi video dilihat turut bersama dengan pelakon Azar Azmi dan Fizo Omar meluangkan masa untuk menunggang motocros.

Iklan

Terbaik Janna! Hebat!