SELEPAS memohon maaf di atas keterlanjuran kata ketika mengacarakan program Melodi Ahad lalu, pelakon berbakat besar, Janna Nick sekali lagi memohon maaf.

Namun kali ini, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 25, memohon maaf kerana membuatkan peminatnya bimbang.

Menurut Janna, selepas memuat naik video seolah-olah menjadi mangsa penderaan Sabtu lalu, ramai yang bimbang dan meminta pengurusnya menghubungi polis.

Bagaimanapun jelasnya, video itu adalah sebahagian daripada cara untuk menimbulkan kesedaran bagi mereka yang menjadi mangsa dera.

“Terima kasih semua yang mesej, risau. Mengenai post saya sebelum ini, ada yang call pengurus saya, marah-marah surul call polis. Saya minta maaf sangat-sangat!

“Saya terlihat #mugshot challenge dan saya fikir bagaimana saya boleh lakukan sesuatu yang berbeza untuk membantu memberi kesedaran pada sesuatu yang penting pada saya.

“Penderaan adalah satu isu yang sangat serius tetapi tidak diketahui ramai. Jadi saya mahu menimbulkan kesedaran mengenai perkara itu.

“Terima kasih pada semua yang membantu saya menyebarkan mesej ini,” katanya.

Iklan

https://www.instagram.com/tv/B-1ZXdsH-uy/?utm_source=ig_web_copy_link

Tambah bintang utama Suami Tanpa Cinta itu, dia berharap sesiapa yang menjadi mangsa penderaan untuk berani tampil ke hadapan dan bangkit dari terus menjadi mangsa dera.

Iklan

“Jangan takut untuk bangkit kerana awak layak untuk yang terbaik. Paling penting sayangi diri sendiri.

“Untuk aduan boleh hubungi WAO Hotline: +603 7956 3488 (24 hours) atau SMS/WhatsApp TINA: +6018 988 8058 (24 hours),” ujarnya.